Ia datang lagi

Ia datang lagi

jom hebohkan

Wednesday, 20 June 2007

Kuliah Maghrib

Assalamualaikum WBT,
Semalam (selasa, 19-06-07) saya berkesempatan untuk meghadiri kuliah maghrib di Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi yang disampaikan oleh Ustaz Abd Ghani Abd Rahman. Di dalam kuliahnya, Ustaz Ghani telah menekankan bahawa untuk menjadi seorang muslim perlu ada manhaj atau bahasa mudahnya kurikulum yang perlu diikuti. Seperti seorang yang ingin menjadi seorang doktor maka dia perlu menghadiri proses pembelajaran(kurikulum) yang berkaitan dengan bidang kedoktoran selama masa yang ditetapkan sebelum dia layak digelar sebagai seorang doktor. Maka dengan ini seorang yang ingin menjadi seorang muslim juga ada kurikulum yang perlu diempuhi sebelum dia layak dipanggil sebagai seorang MUSLIM. Tambah ustaz lagi pada zaman ini kita telah dirosakkan oleh sistem dan ideologi yang mengarut yang lari dari landasan ISLAM. Sebagai contoh dalam sistem ekonomi, kita mengamalkan sistem ekonomi kapitalis dan bukannya sistem ekonomi ISLAM. Begitu juga dengan sistem-sistem lain seperti sistem pendidikan, muamalat dan pentadbiran negara. Dalam masa manusia memperkenalkan ideologi yang bertuhankan akal dan nafsu, ISLAM datang dan menawarkan AKIDAH sebagai cara hidup. Akibat perbezaan inilah maka timbulnya pertentangan antara umat ISLAM yang memperjuangkan ideologi dan AKIDAH.
Tambah Ustaz Ghani lagi, peranan yang kita mainkan di zaman ini adalah bukannya untuk diri kita tetapi untuk generasi di masa depan. Sebab itulah dari masa ini kita mesti membangunkan dan mempromosikan ISLAM sebagai hanya satu-satunya cara hidup yang sebenar supaya generasi yang bakal lahir pada masa depan adalah generasi ISLAM yang faham agamanya.
Dan kita mesti ingat dan mengambil pengajaran daripada perjuangan Nabi Muhammad SAW bahawa baginda berjuang bukan untuk meninggalkan KEPERLUAN HIDUP kepada umatnya tetapi Nabi SAW berjuang untuk meninggalkan JALAN HIDUP kepada umatnya supaya manusia bukan sahaja dapat hidup bahagia di dunia tetapi di akhirat.

1 comment:

IR-One said...

Salam Sejahtera. Ade susah sikit la gune blog nie. Maklum la tak reti sangat yang canggih canggih nie. Tapi ok la..


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com

Tazkirah : Al-Alaq (The Clot)


اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ

96:1 Proclaim! (or read!) in the name of thy Lord and Cherisher, Who created-

خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَق

96:2 Created man, out of a (mere) clot of congealed blood:

اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ

96:3 Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful,-

الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ

96:4 He Who taught (the use of) the pen,-

عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

96:5 Taught man that which he knew not.