Ia datang lagi

Ia datang lagi

jom hebohkan

Friday 31 October 2008

Aku dan Makhluk Itu II

Melihat entri sebelum 'Aku dan Makhluk Itu' membuatkan aku terasa seperti budak sekolah rendah. Entah apa yang aku sampaikan melalui kisah tersebut. Dalam ayat mudah sebenarnya aku ingin menceritakan tentang PERANGAI penghuni KKTDI yang aku bahasakan sebagai 'makhluk-makhluk'.

Perasaan kecewa timbul melihat sikap mereka ketika latihan kebakaran pada malam itu. Kerjasama yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Kasihan aku melihat Pengetua KKTDI, Dr Mustafa menjerit memberi arahan. Begitu juga felo-felo dan ketua blok. Arahan untuk mengosongkan bangunan, berhimpun, berbaris dan bergerak seperti tiada makna pada mereka. INI CUMA LATIHAN, MAIN-MAIN, BUKAN TERBAKAR BETUL PUN.....

Inilah masalah masyarakat kampus pada hari ini. Tidak mengambil peduli keadaan sekitar mereka. Asalkan ianya tidak menyusahkan diri mereka maka ianya tiada kena mengena dengan mereka. Takkan dah kena baru nak kisah. "Dah terhantuk baru nak tengadah". Sikap seperti ini perlu diubah terutamanya kepada golongan mahasiswa uang boleh dianggap sebagai 'makhluk' intelektual dan dipandang tinggi oleh masyarakat sekitar.

Bercerita mengenai perangai 'makhluk' juga sudah cukup memeritkan. Melalui bilik mereka untuk ke surau atau kafeteria menggambarkan pandangan negatif kepada aku. Mana taknya. Kasut di depan bilik bersepah, menjenguk ke dalam melihat betapa tidak kondusifnya bilik tersebut dengan bauan yang pelbagai dan barang bertaburan cukup menyakitkan mata. Pemandangan tersebut sudah cukup untuk menggambarkan perangai penghuninya.
Mengapa aku tulis semua ini?? Bagi aku inilah punca kegagalan pelajar bumiputra. Ungkapan 'Rumahku Syurgaku' sangat releven sebenarnya. Kalau rumah itu ibarat syurga, maka penghuninya akan digelar ahli syurga. Perangai ahli syurga itu semestinya MAHMUDAH, POSITIF dan REAKTIF. Lawan kepada sikap ahli syurga ini ialah sikap ahli neraka yang MAZMUMAH, NEGATIF dan PASIF.

Sikap yang diamalkan dari rumah inilah yang diterjemahkan apabila terjun ke dalam masyarakat. Kalau sudah dari rumah bersikap ahli neraka maka gerak kerja dan kerja buat di medan masyarakat juga seperti itu. Pendek kata, kalau dah bilik pun malas nak kemas maka boleh disimpulkan dalam kelas juga malas nak memberi perhatian. Seterusnya malas nak mengulangkaji, malas membuat tugasan, malas datang kelas, MALAS segala-galanya. Nampak tak perkaitan dari kisah ini??


Oleh itu perubahan perlu bermula dari asas iaitu perubahan PERANGAI (baca ATTITUDE). Ingat lagi tema Ramadhan tahun ni. MASA UNTUK PERUBAHAN. UBAH PERANGAI ANDA BERMULA SAAT INI. Entri ini akan berakhir di sini tetapi PERUBAHAN tidak begitu. Aku mahu anda yang membaca entri ini berubah dan terus berubah.

Monday 20 October 2008

Aku Dan Makhluk Itu

Banyak peristiwa menarik berlaku semenjak seminggu yang lalu tanpa sempat untuk aku berkongsi.Kesesakan talian (mungkin) di Kolej Kediaman menyukarkan untuk aku melayari internet.Seharusnya catatan pengalaman ini dapat dikongsi lebih awal iaitu sehari selepas kejadian berlaku.

BAB 1 : PENGENALAN

Hari : Jumaat
Tarikh : 17 Oktober 2008
Masa : 2.30 pagi


Percubaan untuk aku membaca berita atas talian akhirnya berjaya. Aku mencuba sejak dari pukul 12 tengah malam. Tidak pasti mengapa talian internet pada malam ini begitu sukar untuk dicapai. Dari satu tajuk berita hingga ke tajuk yang lain aku sudahkan. Setelah 'khatam' bahagian berita, tangan mula menari-nari menggerakkan 'si tikus' ke sana dan ke mari. Dari satu blog ke satu blog aku lawati. Ternyata blog-blog yang menjadi kegemaran aku dikemaskini dari semasa ke semasa.Santapan minda di awal pagi yang cukup menyeronokkan.

Tiba satu ketika......
Plup!!!!!

Bekalan elektrik terputus.

komputer riba yang bergantung kepada kuasa bateri masih menyala. Kedengaran suara 'makhluk-makhluk' penghuni bersahut-sahutan. Jeritan disambut bersambung-sambung. "Pagi-pagi buta pun nak buat bising," aku mengeluh. Aku memahami perasaan mereka. Mengapa tidak, malam minggu sebegini aku yakin kebanyakan 'makhluk-makhluk' di sini masih belum tidur kerana tangan mereka masih belum penat menyepak bola. Tangan menyepak bola???? Fikirkan.

Kepanasan mula dirasa. Tingkap dikuak bagi membenarkan udara segar masuk ke ruang.
Kringggggggggggggggggg!!!!!!!!!!!!!!!!

Bunyi loceng yang aku biasa dengar. Masa sekolah dulu memang dah lali telinga mendengar. Tapi loceng di pagi hari sebegini menandakan apa?


BAB 2 : CEMAS

Keadaan yang sudah sedia tidak aman ditambah dengan jeritan ini. "Api..api.." (baca dengan intonasi dan penghayatan yang betul).

Pintu bilik diketuk dengan kuat. Aku masih rasional ketika itu. Sempat berfikir "takkan la bekalan baru terputus lepas tu bunyi loceng sekarang pula isyarat kecemsan, macam tak logik". Walaupun sudah dapat meneka apa yang sedang berlaku, aku cuba untuk menkadikan lakonan ini seperti sebenar. Sebelum aku mengejutkan rakan-rakan sebilik, aku tutup komputer riba, simpan di dalam almari, kunci almari, tukar seluar dan mengambil telefon bimbit dan kunci bilik. Tak sampai seminit pun.

"Woi bangun, kebakaran" aku menyergah rakan-rakan. Mereka terpinga-pinga kehairanan tetapi mengerti maksud yang cuba aku sampaikan. Berlari-lari kami berempat menuruni anak tangga. Kelihatannya 'makhluk-makhluk' lain juga sudah berkumpul.

bersambung.........

Wednesday 15 October 2008

Melihat kepada takwim sesi ini nampaknya waktu peperiksaan akhir sudah semakin hampir. Tinggal lebih kurang 2 minggu sahaja lagi. Kerisauan mulai timbul mengenangkan banyak lagi perkara yang masih belum selesai dalam semester ini. Barisan ujian dan projek sedang menunggu untuk disiapkan. Perkara inilah yang menjadi harapan bagi seseorang pelajar untuk 'mencuri' markah. Klau nak diharap peperiksaan akhir semata-mata memang tak mampu untuk mendapatkan markah yang baik.

Aku perlu bersedia. Bermula Khamis ini sehingga minggu hadapan aku akan menghadapi peperangan minda dan perasaan. Lihat jadual aktiviti berikut :

1)Khamis (16 Oktober 08)-ujian 2 matematik kejut. IV
2)Isnin (20 Oktober 08)-Ujian 2 Rekabentuk Struktur Keluli dan Kayu
3)Rabu (22 Oktober 08)-Ujian 2 Analisis Struktur
4)Jumaat (24 Oktober 08)-Ujian 2 Kejuruteraan Jalanraya
5)Sabtu (25 Oktober 08)-Ujian 2 Ekonomi Kejuruteraan

Ujian hanyalah sebagai satu medan untuk menguji sejauh mana seseorang pelajar itu memahami dan mampu untuk mengaplikasi teori yang telah dipelajari. Memang aku akui hakikat itu. Namun kadangkala sebanyak mana sekalipun usaha yang kita lakukan pasti terdapat halangan dan cabaran sebelum dan semasa kita menghadapi situasi tersebut.

Sekarang bukan masa untuk beralasan tetapi masa untuk berusaha. Putus asa bukanlah jawapan yang sepatutnya diberikan ketika ini. Jangan apabila keputusan dikeluarkan kelak baru nak menyesal.

Saturday 11 October 2008

What the......???

Shah Rukh Khan terima darjah Melaka bawa gelaran Datuk
Oleh Amirullah Andi Nur

MELAKA: Artis Bollywood, Shah Rukh Khan, menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, hari ini. Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Saadon Basirun, berkata penganugerahan itu sebagai menghargai sumbangan Shah Rukh Khan terhadap perkembangan pesat industri filem Hindustan di rantau ini, termasuk Malaysia. link to full news

I am quite shocked. I think it is nonsense. What Shah Rukh Khan had done for Malaysia. He is not born in Malaysia, not married with Malaysian and the worst is he can't speak or read Malaysian Language. He didn't promote Malaysia or Melaka as tourist attraction. He done nothing. STUPID!!!(sorry because I'am using this inappropriate word).

Thursday 9 October 2008

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA EID FITRI kepada semua pengunjung setia blog ini. Walaupun suasana kemeriahan raya tidak dapat dirasai dalam jangka masa yang panjang bersama keluarga namun ia sangat bermakna. Lagipun rumah terbuka masih berlangsung di mana-mana. Ada peluang untuk menziarah teman-teman sebelah selatan pulak.


Konsep Raya

Hari Raya merupakan sambutan yang dituntut oleh agama. Ia bukannya sambutan disebabkan adat atau sebab-sebab yang lain tetapi ia adalah suruhan daripada Allah SWT. Dalam bahasa Arab hari raya dipanggil sebagai EIDUL FITRI yang mana EIDULl membawa dua maksud iaitu 'berbuka' dan 'kembali'. Berbuka bererti pada hari raya tiada seorang pun yang boleh berpuasa tidak kira samada puasa qada atau pun puasa sunat. Hari raya merupakan hari untuk bergembira setelah berjaya menyudahkan puasa di bulan Ramadhan. Perkataan Kembali pula perlu digandingkan dengan perkataan Fitri yang bermaksud FITRAH. Penggabungan dua perkataan tadi akan membawa erti kembali kepada fitrah atau dalam kata lain suci daripada dosa. Dalam hadis Nabi SAW sendiri ada menyebut ;

"Setiap bayi itu lahir dalam keadaan FITRAH (suci dari dosa), ibu bapa yang mencorakkan samada ia menjadi seorang Yahudi, Majusi atau Nasrani"

Sebab itu kita digalakkan untuk bermaaf-maafan di hari raya bagi menyempurnakan maksud EIDUL FITRI tadi.


Tersalah Konsep

Jika diperhatikan di negara ini, sambutan hari raya tidak lagi membawa maksud EIDUL FITRI yang sebenar. Banyak contoh yang boleh diperhati dan diberi perhatian.

Pertama : Terdapat sebilangan individu yang berebut-rebut untuk pergi ke masjid atau surau untuk menunaikan solat sunat aidilfitri tetapi tidak berebut-rebut untuk solat subuh berjemaah pada awal paginya.

Kedua : Suasana malam raya tidak dihiasi dengan takbir untuk membesarkan Allah SWT tetapi lebih banyak didominasi oleh lagu-lagu raya dan rancangan yang tidak tepat dengan konsep EIDUL FITRI.

Ketiga : Kaedah bermaaf-maafan yang tidak kena dengan syariat. Lelaki dan perempuan bukan muhrim bersalam antara satu sama lain tanpa ada rasa bersalah. Pakaian hari raya juga tidak lagi memenuhi tuntutan syariat.


Ramadhan dilupakan

Di Malaysia hari raya di sambut selama mana bulan Syawal masih belum tamat. Itu tidak menjadi isu tetapi seolah-olah latihan yang diterima di dalam bulan Ramadhan hanya tinggal kenangan. Umat Islam disaran untuk meneruskan semangat Ramdhan dengan menunaikan puasa 6 iaitu berpuasa sunat selama enam hari di dalam bulan syawal. Yang baiknya ditunaikan secara berturut-turut tetapi tidak menjadi masalah jika tidak berturut. Begitu juga dengan solat berjemaah. Jika di bulan Ramadhan ramai yang bersolat maghrib dan isya' berjemaah + solat tarawih tetapi produktiviti di bulan Syawal mulai menurun. Suasana ini membuktikan betapa umat Islam menerima kedatangan Ramadhan sebagai bulan 'adat' untuk berpuasa.

Terdapat beberapa artikel menarik yang saya syorkan untuk para pengunjung hayati. Transformasi konsep raya daripada adat kepada ibadat perlu dilakukan. Peranan siapa lagi kalau bukan yang menulis, yang membaca dan semua umat Islam yang ada. Penghakisan nilai-nilai ibadat dalam perayaan agama akan menyebabkan umat Islam berada di dalam kerugian. Membuat sesuatu tanpa mendapat berkat dan Redha Allah SWT.




Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com

Tazkirah : Al-Alaq (The Clot)


اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ

96:1 Proclaim! (or read!) in the name of thy Lord and Cherisher, Who created-

خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَق

96:2 Created man, out of a (mere) clot of congealed blood:

اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ

96:3 Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful,-

الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ

96:4 He Who taught (the use of) the pen,-

عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

96:5 Taught man that which he knew not.