Dia dipuji-seorang yang banyak berjasa, dihormati rakan dan lawan Diberi pangkat pada pangkal nama Dikunjungi manusia setiap lapisan
Apabila matinya seorang WAKIL RAKYAT Masyarakat berdukacita hilangnya wakil mereka SPR pening memikirkan tarikh pilihanraya Yang lain menunggu adakah peluang menjadi penggantinya
Apabila matinya seorang AHLI HIBURAN Media memaparkan kisah kehidupan Hilangnya sebutir permata berharga itu yang didakwa Seolah-olah hilangnya mereka terencat kehidupan manusia
Apabila matinya seorang REMAJA Ditembak di kepala semasa memandu kereta Yang dikesali tuduhan entah apa-apa Harap akan ada pembelaan dan keadilan ke atas dia dan keluarga
Apabila matinya seorang ULAMA Dihormati manusia bahkan malaikat jua Itulah tanda dunia hampir hujung usia Semoga penggantinya akan ada
Aku akan menemui kematian, kalian juga mesti Entah bagaimana keadaan kita bila mati nanti Yang pasti kita akan menemui Allahu Rabbi...
abangyerm: kantoi ar lemah iman kalu pg demonstrasi...16 Mar 10, 22:11
Lama aku berhajat untuk mengulas pandangan ini yang dilontarkan di CboX. Pandangan ini dikeluarkan mungkin selepas pengunjung tersebut melihat banner demostrasi anti ISA yang aku letakkan. Salahku juga tidak menulis tentang demostarsi ini hingga ada yang terkeliru dengan apa yang cuba aku sampaikan.
Rasulullah SAW pernah mengeluarkan kenyataan berikut :
Barangsiapa yang melihat kemungkaran (kezaliman) hendaklah dia mencegah dengan tangannya, jika tidak mampu hendaklah dengan lisannya dan jika tidak hendaklah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.
Akta Keselamatan Dalam Negeri atau Internal Security Act (ISA) merupakan aktayang telah lama diperkenalkan di Malaysia. Bukan sedikit individu pernah ditahan menggunakan akta ini antaranya Dr Burhanuddin AlHelmi, Mahfuz Omar, Anwar Ibrahim dan juga Nik Adli bin Nik Abdul Aziz. Tidak perlu aku bincangkan secara terperinci tentang akta ini cuma yang paling mudah untuk difahami ialah mereka yang ditahan di bawah akta ini tidak dibicarakan di mahkamah seperti selalunya. Kesalahan mereka pula kadangkala tidak diketahui. Kenyataan Menteri Dalam Negeri merupakan skrip yang sudah dihafal-mereka ialah militan yang membahayakan negara atau mereka mengancam keselamtan negara. Namun hakikatnya ia tidak pernah dibuktikan.
Oleh yang demikian sebuah NGO yang dianamakan Gerakan Mansuhkan ISA atau singkatannya GMI ditubuhkan bagi memperjuangkan pembebasan mangsa tahanan ISA. Kemuncaknya ialah demostrasi pada 1 Ogos 2009 tersebut.
Apa yang cuba aku sampaikan ialah kehadiran pada demostrasi tersebut merupakan suatu tindakan bagi menunjukkan kebencian terhadap kezaliman ISA. Berdasarkan hadis Rasulullah SAW di atas tindakan selemah-lemah iman ialah membenci dengan hati. Benci dengan hati perlu ditunjukkan. Bukanlah benci dengan hati bermaksud menyimpan perasaan semata-mata. Sebaliknya ianya perlulah dizahirkan dengan suatu tindakan. Maka perhimpunan aman tersebut adalah bukti hati membenci kezaliman yang dilakukan.
Ianya tidaklah bermaksud mereka yang hadir ke perhimpuan tersebut semuanya adalah golongan yang lemah imannya. Kehadiran mereka merupakan tindakan yang paling ringan dalam mencegah kemungkaran dan kezaliman.
Tidak pula aku bermaksud mereka yang tidak hadir itu tidak beriman cumanya mereka tidak berkesempatan untuk menunjukaan rasa benci melalui kaedah berhimpun. Berhimpun atau tidak hakikatnya perasaan benci kepada kezaliman, kemungkaran dan penindasan perlulah disemai ke dalam hati. Mana mungkin orang yang beriman suka kepada kemungkaran dan kezaliman.
Israel dan 1Malaysia
Kebencian kita terhadap Israel juga pernah dizahirkan melalui demostrasi akibat kedatangan pasukan kriket Israel ke Malaysia pada tahun 1997. Himpunan yang digerakkan mewakili kebencian hati seluruh umat Islam Malaysia. Kini timbul pula isu kerajaan Malaysia melantik syarikat yang ada kena mengena dengan Israel sebagai perunding. Hasilnya apa yang dinamakan gagasan 1Malaysia-Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dihebahkan kepada semua. Puas kabinet menafikan semakin hebat pula pendedahan demi pendedahan. 1Malaysia=One Israel dan kini 1Indonesia pula menambah bukti perkaitan. Bagaimana mahu menunjukkan rasa benci terhadap perkara ini. Sekali lagi pendekatan demostrasi telah diambil. Demostrasi itu pada pandanganku mempunyai beberapa tujuan : 1) menzahirkan rasa benci secara kolektif 2) menarik perhatian umum terhadap sesuatu isu 3) salah satu medium penerangan kepada isu
Kesimpulan
Demostrasi hanyalah salah satu kaedah daripada pelbagai pendekatan lain yang boleh diambil. Namun biarlah demostrasi itu dilakukan secara beretika mengikut peruntukan undang-undang. Isu yang diperjuangkan haruslah isu yang relevan dan memberi kesan langsung ke arah kebaikan dan kesejahteraan umum.
Alhamdulillah. Allah SWT memberikan aku kelapangan untuk berkunjung ke PWTC pada hari ini. Nak cerita panjang, badan pun dah letih berjalan. Buat masa ini biarlah gambar yang menceritakan segalanya. Insyaallah pengalaman berkunjung ke Pesta Buku edisi ke 29 ini akan dikongsi pada masa yang akan datang.
Meninjau dan membuat pertimbangan - Beli atau Tidak?
Merakam kenangan
Suasana dewan pameran
Kesimpulan di akhir perjalanan
Setelah lebih kurang enam jam berpusing-pusing di dalam PWTC, lima buku di atas menambah koleksi perpustakaan peribadiku. 1) Murabbi Cinta - Ustaz Hasrizal Abdul Jamil 2) Secangkir Teh Pengubat Letih - Ustaz Hasrizal Abdul Jamil 3) Sepahit Jadam - Nik Mohamad Abduh 4) Denyut Kasih Medik - Dr Farhan Hadi (Suami kepada novelis Fatimah Syarha Mohd Nordin) 5) Bahlut - novel terbaru Faisal Tehrani
Alhamdulillah, lega!! Setelah lebih kurang dua minggu aku bekerja di luar (site survey) ke Pahang dan Kelantan, akhirnya aku kembali ke Bandar Baru Bangi. Banyak pengalaman baru yang aku perolehi sepanjang perjalanan tempoh hari. Insyaallah akan aku coretkan nanti.
Sedar atau sedar, sudah setahun Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 berlalu. Kini edisi 2010 pula kembali. Aku sudah pun teruja lebih awal untuk menghadiri pesta kali ini walaupun ianya hanya akan bermula pada 19 Mac ini sehingga 28 Mac. Tempat pesta seperti biasa-Pusat Dagangan Duni Putra (PWTC) Kuala Lumpur.
Dalam edisi kali ini sekali lagi Ustaz Hasrizal akan melancarkan dua buku terbaru beliau-Murobbi Cinta yang merupakan kesinambungan Aku Terima Nikahnya dan Bercinta Sampai ke Syurga serta sebuah lagi buku travelog tarbiah, Secangkir Teh Pengubat Letih yang khabarnya akan merakamkan kisah kembara beliau ke Turki semasa zaman pengajiannya dahulu.
Dalam kesempatan ini aku ingin mengajak semua pengunjung taman ini untuk bersama-sama meluangkan masa untuk ke PWTC untuk memeriahkan lagi PBAKL 2010. Sungguh besar maknanya pesta seperti ini yang diadakan hanya sekali dalam setahun bagi seluruh peminat buku di Malaysia.
Dalam kesibukan melakukan tugas sebagai pelajar praktikal, aku akui sukar untuk mencari ruang menulis di blog. Semasa masih bergelar mahasiswa, apabila aku amati kembali kebanyakan tulisanku diterbitkan pada waktu senggang samada pagi atau petang. Apabila masuk ke alam praktikal, masa senggang hanyalah selepas waktu isya'. Ditambah dengan kepenatan bekerja pada siang hari, perasaan untuk menulis selalunya dikikis oleh 'pujuk rayu' bantal dan tilam lantas mematikan hasrat jari untuk menari di papan kekunci.
Ketajaman daya fikir dan analisis serta kelincahan menyusun bahasa sedikit demi sedikit terhakis kesan daripada faktor-faktor yang disebutkan. Namun idea yang sudah lama bersarang dalam kotak pemikiranku harus dicoretkan supaya ia dapat didokumentasikan untuk rujukan akan datang.
Fokus perbincangan
Heboh 1Malaysia apabila The Herald Weekly ingin menggunkan kalimah 'ekslusif' Allah dalam penerbitan mereka. Terdapat di sana ulama yang membenarkan juga yang mengharamkan. Bukan sahaja heboh di dalam negara bahkan Syeikhul Islam Yusuf Qaradhawi turut melontar 'bola' pencerahan minda. Demostrasi yang dahulunya dianggap asing telah menjadi budaya masyarakat Melayu. Pelbagai pendekatan diambil bagi menjernihkan pertanyaan di sekitar masalah ini. Nyatanya 'mercun' yang dibaling rupa-rupanya membawa kesan lebih hebat dari 'meriam besar' dalam filem Queen of Langkasuka sehingga melibatkan ramai 'anggota penyelamat' dalam proses menanganinya.
Apabila isu ini semakin reda, timbul pula budak nakal yang melemparkan 'mercun' kedua. Kali ini mercun yang dimainkan ketika hampirnya sambutan Maulidur Rasul lebih mudah ditangani. Sebab mercun kali ini adalah mercun yang sudah tamat tarikh luput. Isunya cuma berarak atau tidak berarak. Dan sekali lagi jelas demostrasi sudah teradaptasi dalam masyarakat Melayu.
Kaitan dua peristiwa
Diamati secara terperinci, daripada dua isu ini terdapat pengajaran yang tersirat di sebaliknya. Dalam pengamatanku, penyelesai bagi dua isu ini terkandung pada kata kunci ILMU dan TINDAKAN.
Yang jelasnya dua isu ini bersangkutan dengan masalah AGAMA ISLAM itu sendiri kerana Allah dan Rasulullah SAW adalah perkara yang wajib diimani oleh setiap muslim. Maka sebelum BERTINDAK, hujah berpaksikan ILMU perlu terlebih dahulu dikaji,dikumpul, dibahas dan diresolusikan. Barulah nanti TINDAKAN yang diambil sedikit sebanyak memberi penyelesaian bukannya kecelaruan.
Yang harus dikesali ketika ini ialah TINDAKAN mendahului ILMU yang menyebabkan kekusutan yang berpanjangan.
Tidak perlu lagi aku mengulas mengenai isu penggunaan kalimah Allah oleh golongan Kristian. Bagi mereka yang 'disuap' dengan ilmu mendahului 'memuntahkan' dengan tindakan sudah pasti berjumpa jalan penyelesaian. Pandanglah isu ini dari mana-mana sudut samada AKIDAH, HUKUM atau KESAN - kesemuanya telah dibahas secara ILMIAH dan semua hujah yang digali dari Al-Quran dan Sunnah sudah diKEDEPANKAN.
Sama halnya dengan isu perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul.
Biar ILMU didahulukan PENYELESAIAN diutamakan daripada TINDAKAN didahulukan HURU-HARA diutamakan
Di sini aku perturunkan suatu perkongsian ILMU. Dalam hal kasih kepada Rasulullah SAW, analisis Ust Johari Ad Wahab dari Pulau Pinang sangat elok untuk diperhatikan. Kata beliau, untuk menunjukkan kasih kepada Rasulullah SAW perlu dikumpul dua komponen tindakan iaitu :
1) Mencintai Rasulullah SAW dengan sebenar-benar cinta sepenuh hati nurani 2) Mengikuti tingkah-laku Rasulullah SAW dalam segenap aspek kehidupan
Beliau menjelaskan bagaimana sirah menceritakan bahawa ada dua nama besar yang hanya mengambil salah satu daripada dua komponen yang disebutkan menyebabkan mereka menjadi penghuni neraka.
Pertamnya ialah ABU JAHAL yang merupakan bapa saudara Rasulullah SAW. Saat lahirnya RAsulullah SAW beliaulah orang yang paling gembira kerana rasa kasih beliau kepada Rasulullah SAW. Namun ketika Rasulullah SAW mengajak untuk mengikuti baginda beliau enggan.
Keduanya ialah Abdullah bin Ubay bin Salul. Beliau adalah antara manusia yang bersama-sama duduk dalam perhimpunan serta bersolat dibelakang Rasulullah SAW namun di dalam hati beliau menyimpan perasaan kesumat dendam terhadap baginda.
Pemerhatian terhadap kenyataan di atas boleh dijadikan hujah ilmiah kepada masalah pembatalan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang. Jika dengan berarak boleh melengkapkan dua komponen tersebut maka beraraklah, sebaliknya kalau perarakan hanyalah sebagai adat yang 'dipertahankan' dari generasi ke generasi tanpa menyemai sebesar benih pun dua komponen disebutkan maka meninggalkannnya juga tiada menimbulkan apa-apa masalah besar.
Lantas apa perlu dikecohkan tentang ada atau tiadanya perarakan. Pasti banyak lagi hujah ILMIAH yang boleh kita kumpul dan bahaskan sebelum mengambil TINDAKAN 'kurang bijak' yang akhirnya memalukan diri sendiri.
Titik noktah
Islam ditegakkan dengan hujah ILMIAH. Ayat yang pertama diturunkan sebagai bukti. IQRA = BACALAH rujuk sini. Kemudian baru ayat berikut :
Kalau hanya sekadar BANGUN (baca BERTINDAK) lalu meracau/mengigau tidak tentu hala pasti menyusahkan orang di sekeliling. Jadilah mereka yang bijak yang BANGUNnya untuk MEMBACAKAN (baca MENYEBARKAN ILMU) lalu menyelesaikan masalah.
Tuesday, 2 February 2010
Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah. Sebulan praktikal di UNITEN telah berlalu. Banyak pengalaman baru telah aku perolehi. Bukan sahaja dalam bidang kejuruteraan tetapi juga dalam bidang akademik. Waktu kosong diisi dengan menemani rakan ke makmal mekanik tanah untuk mendemostrasikan penggunaan alat kepada pelajar. Harus aku akui, perbezaan antara alam kampus dan alam pekerjaan sangat ketara. Namun seperti yang aku selalu pesan kepada rakan-rakan lain jangan anggap ianya sebagai MASALAH tetapi jadikan ia suatu CABARAN agar diri didorong mencari PENYELESAIAN.
* Elaun pertama praktikal di UNITEN
Insyaallah ada lebih kurang 2 bulan lagi aku akan berada di sini. Dalam masa yang sama aku sedang mengintai peluang-peluang pekerjaan yang boleh aku mohon agar selepas tamat praktikal di UNITEN, alam pekerjaan yang sebenar dapat aku rasai. Doakan aku agar berjaya.
sahabat: salam..klu xkeberatan nk mtk share mcm mn nk b'dkwah di tpt praktikal..syukran
13 Jan 10, 20:57
Begitulah pesanan yang aku terima melaui cbox di ‘taman’ku. Entah siapa sebenarnya individu tersebut tetapi aku sangat menghargai permintaan sebegini. Permintaan untuk mengetahui sesuatu yang boleh memberi manfaat bukan sahaja kepada pembaca umum tetapi diri yang menulis. Namun harus diakui aku bukan sebenarnya orang yang layak bagi membicarakan apa yang diminta. Terdapat ramai individu yang lebih arif di luar sana tetapi dengan meminjam kata-kata Ustaz Hasrizal, ERTI HIDUP PADA MEMBERI, diharapkan agar penjelasan dari sudut pandangku mengenai dakwah dapat dikongsi bersama.
Sebelum membincangkan tentang kaedah berdakwah yang merupakan tajuk cabang, mari kita lihat dahulu gambaran besar mengenai dakwah itu sendiri.
Dakwah berasal daripada perkataan Arab yang jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu akan diertikan sebagai mengajak atau menyeru. Mereka yang menjalankan kerja dakwah akan digelar sebagai da’i manakala golongan sasarnya dikenali sebagai mad’u.
serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.
Surah An-Nahl ayat 125
Ayat di atas bermula dengan kalimah ادْعُ yang bereti SERULAH atau boleh juga kita ertikan sebagai berDAKWAHlah. Dakwah ialah suatu proses yang memerlukan hubungkait antara elemen agar ianya sempurna. Pertanyaan berikut perlu ditumbulkan :
1) Dakwah tanggungjawab siapa? 2) Apa isi kandungan yang patut didakwahkan? 3) Bagaimana kaedah dakwah perlu dilakukan?
Ketiga-tiga pertanyaan tersebut telah lengkap dijawab oleh ayat ini.
1) Dakwah adalah tanggungjawab antara manusia sesama manusia. Mana mungkin manusia boleh menerima nasihat daripada bintang dan mana mungkin manusia boleh menasihatkan seekor binatang. Sebab itulah Allah SWT mengutuskan Nabi dan Rasul dari kalangan manusia bagi menyandang jawatan besar ini. Oleh sebab itu kerja dakwah ini menjadi mulia. Secara tidak langsung orang yang melakukan kerja dakwah juga adalah orang yang mulia.
2) Bagi menjawab soalan kedua, ayat tersebut memberitahu supaya ke ‘jalan Tuhanmu’ yang sepatutnya kita seru. Sama seperti di dalam surah Al-Fatihah ayat 6 yang bermaksud “Tunjukilah kami jalan yang lurus”. Terjemahan jalan di sini adalah lambang kepada perlunya hidup manusia itu dipandu di atas suatu panduan yang jelas. Inilah kurikulum atau silibus yang perlu dikedepankan apabila berdakwah. Kurikulum Allah melalui kitab Al-Quran serta pengajaran dari Nabi Muhammad SAW samada perkataannya, perbuatannya atau ikrarnya yang kita simpulkan sebagai hadis atau sunnah. Oleh yang demikian, ilmu untuk menyeru ke arah ‘jalan Tuhanmu’ perlu dipelajari terlebih dahulu.
3) Jawapan kepada soalan terakhir ialah dakwah hendaklah disampaikan dalam keadaan berhikmah. Hikmah tidak boleh disamakan dengan baik/ lemah-lembut kerana kadangkala dakwah perlu disampaikan dalam keadaan keras/kasar. Ianya bergantung kepada faktor sekeliling. Samada menyampaikan dengan baik/lemah-lembut atau keras itu adalah hikmah.
Setelah persoalan di atas telah dijawab, kini mari tumpukan kepada persoalan kaedah (uslub) dakwah pula. Dalam menghadapi persoalan kaedah, kepentingan yang perlu dikedepankan ialah apa matlamat yang ingin kita capai dari dakwah yang dijalankan. Semakin besar matlamat akhir kita maka makin banyak kerja yang perlu dilakukan. Ianya seumpama membina sebuah rumah. Jika yang diimpikan ialah sebuah rumah banglo maka bahan yang diperlukan makin banyak, kosnya akan menjadi makin tinggi dan memakan masa yang lama untuk disiapkan. Sebaliknya jika hanya rumah teres yang menjadi impian, maka kuranglah serba-serbinya dibandingkan daripada banglo itu tadi.
Tidak semstinya anda meletakkan hanya satu matlamat akhir. Matlamat ini boleh disusun secara berperingkat. Mungkin matlamat jangka pendek, sederhana dan panjang sebagai contoh. Lalu apabila matlamat telah dikenalpasti maka mudahlah untuk strategi disusun.
Namun suka aku ingatkan bahawa sebelum meletakkan matlamat dalam kerja besar seumpama dakwah ini, diri perlu dipersiapkan dengan satu ‘perkakas’@ tool yang cukup penting yang aku namakan sebagai kemahiran menganalisis persekitaran. Persekitaran di sini termasuklah komponen manusia yang menjadi sasaran dakwah, budaya mereka, kehidupan sosial mereka, tahap pendidikan mereka dan perkara-perkara lain yang boleh menjadi kayu pengukur terhadap kaedah dakwah yang bakal dilakukan. Atau dalam kata lainnya anda perlu melakukan sedikit ‘kerja rumah’ terhadap persekitaran anda. Ini bagi mengelakkan timbulnya nanti masalah di dalam proses kerana kesilapan memilih kaedah hasil dari kurangnya pemahaman kita terhadap persekitaran dakwah.
Komponen yang terpenting dalam dakwah ialah manusia itu sendiri. Manusia hanya ada dua pilihan-MEMPENGARUHI atau DIPENGARUHI. Yang jelas selalunya manusia itu sering DIPENGARUHI daripada MEMPENGARUHI.
Saiful Islam pernah menceritakan bagaimana terdapat sebahagian daripada masyarakat yang sering menjadikan keadaan sekeliling sebagai punca maslah mereka.
“Aku mencarut (menggunakan perkataan tidak sopan) ni sebab aku orang Melaka”
“Kalau cuaca mendung macam ni memang aku jadi pemalas”
“Aku tak dapat jawab soalan peperiksaan tadi sebab dewan tu sejuk sangat. Beku otak aku”
Itulah antara sebahagian dialog yang pernah dituturkan. Maka atas kapasiti manusia mudah dipengaruhi oleh sesuatu, maka pendakwah hendaklan mempersiapkan diri mereka sebagai bahagian yang MEMPENGARUHI. Perkasakan kemahiran berkomunikasi, semaikan sifat peramah, ambil tahu, berbudi bahasa dan perbaiki akhlak agar ianya dapat MEMPENGARUHI orang lain. Untuk mengukue sejauh mana kejayaan proses mempengaruhi adalah apabila orang mula PERCAYA kepada anda. Pada ketika itu, anda akan menjadi tempat rujukan, berkongsi masalah, meminta pertolongan dan segala apa yang mereka inginkan. Anda bukan sahaja berjaya memegang jasadnya tetapi yang lebih utama ialah hatinya.
Ketika inilah anda perlu bijak menyelitkan elemen dakwah. Apabila mereka meminta nasihat, selitkan kisah-kisah motivasi acuan sirah, sejukkan hati mereka dengan nyanyian zikrullah dan kuatkan semangat mereka dengan falsafah jihad.
Tetapi dalam proses berdakwah itu jangan jadi seperti lilin. Itu nasihat Saiful Islam. Lilin itu sifatnya menerangi orang lain dengan cara dirinya sendiri terbakar. Sebaliknya anda perlulah menjadi seperti pelita. Bukan sahaja dirinya menerangi orang lain dan ia tidak terbakar, malahan untuk sentiasa menerangi minyak tanah perlu selalu diisi. Rujuk di sini. Falsafahnya adalah dalam menasihati orang lain jangan lupa untuk diri sendiri dinasihati. Dalam memberikan ilmu kepada orang lain jangan lupa diri sendiri juga perlu ditambah ilmunya.
Aku ingin menamatkan perkongsian hanya setakat ini. Memang banyak lagi sebanarnya yang perlu dikupas bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang dakwah. Penyampaian dua hala (ceramah, diskusi) sepatutnya menjadi program terbaik namun tidak ada salahnya penyampaian melalui tulisan mengambil alih. Cuma penulisan adalah berbentuk ‘emosionless’. Kurang bisa dan sengatnya juga mungkin salah pentafsiran daripada pembaca.
Moga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan saya.
Latihan Industri Sudah genap dua minggu aku menjalani latihan industri di Universiti Tenaga Nasional, Bangi. Aku ditempatkan di bahagian projek di bawah Pusat Pengurusan Geohazard (Geohazard Management Centre). Dua minggu pertama berjalan dengan lancar. Mudah untuk aku bersosial dengan rakan-rakan di pusat ini kerana kebanyakan mereka adalah dalam lingkungan umur yang sama. Terdapat lebih kurang 12 orang pekerja yang terdiri daripada Pembantu Penyelidik Graduan, Pembantu Penyelidik, Jurutera Penyelidik dan Pegawai Penyelidik. Pusat ini diketuai oleh Dr Rahayu Bte Omar, memfokuskan kajian mengenai tanah (geoteknik) menggunakan kaedah geofizik. Kepada rakan-rakan yang mengambil jurusan kejuruteraan awam pasti biasa mendengar kaedah ini terutamaya dalam subjek geologi, geoteknik dan kejuruteraan asas. Waktu kerja macam pejabat lain-bermula 8 pagi hingga 5.15 petang namun apa yang menarik ialah aku bekerja dalam suasana seperti di kampus dahulu. Ini kerana aku dikelilingi oleh para pelajar Uniten sehinggakan kehadiranku sebagai pelajar yang sedang menjalani latihan industri tidaklah terlalu menonjol.
Ketika Cinta Bertasbih 2 Jumaat lepas aku menerima SMS daripada Asyraf. Katanya filem Ketika Cinta Bertasbih @ KCB episod 2 sudah boleh dimuat turun melalui internet. Aku yang sememangnya telah lama menanti untuk menonton sambungan kisah Khairul Azam dalam KCB episod 1 menjadi teruja. Pulang dari Uniten, aku melayari laman web untuk membuktikan kesahihan maklumat Asyraf. Memang benar, KCB 2 telah sedia untuk di muat turun. Ada juga di kalangan rakan-rakan yang memaklumkan bahawa filem ini juga boleh ditonton melalui YouTube.
Lalu misi memuat turun filem ini dilakukan dan akhirnya aku berjaya. Ternyata menonton KCB 2 membuat aku lebih banyak bersedih berbanding episod sebelumnya. Apa tidaknya, bermula dengan pertemuan Azam dengan ibu dan adik-beradiknya, kisah hidup Anna, halangan yang ditempuhi Azam semasa mencari calon isteri dan kemuncaknya peritiwa kemalangan hingga membawa kepada matinya si ibu. Namun semua kesedihan itu ditutup dengan keceriaan apabila Azam dan Anna disatukan dengan pernikahan yang sah.
Melalui kehidupan dalam suasana baru di tahun 2010 ini membuat aku runsing. Apa agaknya cerita hidupku selepas ini. Belum ada apa pun yang dapat aku bayangkan. Mungkinkah kisah hidupku seperi Khairul Azam daam filem KCB? Lulusan agama tetapi akirnya berjaya dalam perniagaan bakso cintanya? atau mungkin ada kisah lain yang perlu aku coretkan sendiri warnanya? Biar apa pun jalan ceritanya, aku berharap agar ianya akan menjadi kisah yang bermakna dalam diari kehidupanku.
Tahun 2009 menghampiri ke penghujungnya. Sedar atau tidak, mahu atau tidak mahu, tahun baru 2010 tetap akan hadir. Aku percaya antara topik yang mendapat perhatian di ambang tahun baru ini ialah mengenai azam baru. Sudah pasti media cetak dan media elektronik akan mula menyiarkan azam baru penduduk Malaysia pada media mereka.
Bercakap mengenai azam baru, aku pasti ada antara pembaca sudah berkira-kira dengan rancangan masing-masing untuk tahun baru ini. Aku memandang bahawa perkara ini adalah suatu amalan yang baik. Mengapa?
Ingatkan diri kita dengan “the second habit of highly effective people – begin with the end in mind” atau bagi yang muslim kita boleh cambahkan lagi idea ini dengan hadis Nabi SAW iaitu :
Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'
Mengikut Stephen Covey, bagi sifat yang kedua ini, ada tiga aspek penting yang perlu diberi perhatian iaitu :
a) kepimpinan (leadership) – Apa yang ingin kita capai? b) pengurusan (management) – Bagaimana cara terbaik untuk mencapainya? c) produktiviti (productivity) – Lakukannya sepertimana yang dirancang.
Kita beri perhatian kepada soalan-soalan yang dikemukakan. Azam baru merupakan langkah pertama yang kita ambil iaitu menetapkan matlamat. Ada matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang. Ada yang ingin berjaya di dalam peperiksaan SPM, PMR atau ingin menamatkan pengajian di IPT pada tahun 2010 ini. Mungkin juga ada yang merancang untuk mendapatkan pekerjaan atau mengakhiri zaman bujang. Apa-apa sahaja azam yang kita buat ini akan dipengaruhi oleh suasana sekeliling.
Kemudian kita perlu mengenalpasti apa yang perlu dilakukan untuk membolehkan matlamat itu menjadi kenyataan. Proses membayangkan (visualisation) mungkin boleh membantu. Sebagai contoh kepada rakan-rakan mahasiswa yang menghadapi Projek Sarjana Muda (PSM 2) pada semester ini, anda perlu menetapkan matlamat akhir anda pada projek yang anda lakukan.
Matlamat 1 : Aku sekadar ingin menyiapkan PSM. Matlamat 2 : Aku hanya ingin lulus. Matlamat 3 : Aku ingin dapatkan keputusan A. Matlamat 4 : Aku ingin mendapat anugerah projek terbaik.
Kesemua pilihan di atas adalah antara matlamat akhir yang ingin kita capai. Mulai sekarang anda mesti mula membayangkan bagaimana untuk mencapai matlamat tersebut. Sudah pasti jika anda hanya menetapkan matlamat 1 dan 2 sebagai pilihan, maka saya nasihatkan anda supaya tidak perlu bersusah payah namun sekiranya anda inginkan matlamat 3 dan 4, senarai perkara yang perlu anda lakukan akan menjadi semakin panjang. Ini maksudnya lebih banyak kerja yang perlu anda usahakan.
Perkara terakhir dan yang paling penting ialah menjalankan (execute) kesemua rancangan anda. Buat sebaik yang mungkin setiap rancangan tersebut.
Kita semak pula dari sudut pandang hadis Nabi SAW sepertimana yang dikemukakan di atas. Pertama kita lihat sebab adanya hadis ini ialah berkaitan dengan peristiwa hijrah Nabi SAW dan para sahabat RA dari Mekah ke Madinah. Dari perspektif hijrah kita perlu melihat di sebalik peristiwa tersebut adanya penetapan matlamat oleh Nabi SAW. Mengapa mereka perlu berhijrah? Tidak lain hanyalah kerana matlamat untuk melihat Islam berkuasa. Kemudian untuk mencapai matlamat tersebut, sirah menceritakan bagaimana strategisnya perancangan yang dilakukan dengan melibatkan ramai individu dalam pelbagai lapangan kemahiran. Lalu yang akhirnya kesemua rancangan tersebut dilaksanakan sehinggalah tertegaknya matlamat akhir Nabi SAW.
Peristiwa hijrah ini jika dikaitkan dengan Habit no 2 akan memberi kita suatu penjelasan yang sempurna. Niat sepertimana yang disebutkan dalam hadis tersebut juga adalah antara pengajaran supaya adanya matlamat dalam setiap kerja yang kita ingin lakukan.
Tanpa perlu melihat kepada orang lain, aku memastikan diriku sendiri supaya menetapkan matlamat. Kedatangan tahun 2010 aku jangka akan memberi seribu satu cabaran baru kerana perubahan suasana sekelilingku. Jika sebelum ini aku rasa aman dalam suasana kampus sebagai mahasiswa kini aku perlu berubah kerana bermula 4 Januari ni, aku akan mula menjalani praktikal di Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Bangi.
Akhir kata jangan lupa bahawa dengan hadirnya 2010 maka sebenarnya makin dekat kita dengan kematian. Samada kita yang mati dahulu atau bumi akan mati bersam-sama dengan kita. Jangan lupa matlamat jangka panjang kita iaitu untuk hidup bahagia di alam yang kekal abadi yang pasti.
Entah berita baik atau buruk. Aku dengar berita TV1 sebentar tadi, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menaikkan kadar mas kahwin daripada RM80 kepada RM300 samada kepada anak dara atau janda. klik sini untuk berita lanjut.
Kepada anak-anak Selangor (termasuk aku), mulalah menabung sampai cukup RM300 kalau nak kahwin.
Apa erti percutian pada kalian?? Berehat? Menenangkan fikiran? Bekerja sambilan? Cuti kali ini memang cukup memenatkan. Bukan kerana kuliah dan tugasan, bukan kerana program dan organisasi tetapi kerana aku perlu menjaga dua orang anak buah yang sangat aktif. Bermain sepanjang hari tanpa penat.
Semalam adalah hari yang paling memenatkan sepanjang aku menjaga mereka. Adik perempuanku (kameela) mengajak aku ke Bukit Jalil untuk Karnival Cuti Sekolah TV3. Setakat menjaga adikku yang seorang ini tidak mengapa kerana dia sudah pun berumur 10 tahun. Tidak banyak kerenah. Namun setibanya aku di Bukit Jalil, Abe (panggilan kepada abang iparku) menelefon bertanya kami di mana. Apabila aku mengatakan aku di Bukit Jalil, dia pun berkata akan menghantar Ilyas dan Maisarah ke sana. Dapat ke aku nak jaga 3 orang dalam suasana macam ni?
Lebih kurang pukul 10.30 pagi, Ilyas dan Maisarah pun sampai. Lupa nak beritahu, Ilyas ni umur dia 6 tahun, Maisarah pula 4 tahun. Masing-masing ada kerenah tersendiri. Jadi pada permulaannya susah juga aku nak mengawal suasana kerana tidak tahu apa yang patut dilakukan di karnival itu.
Namun gerai NTV7 menyelamatkan keadaan buat sementara. Mereka mengadakan telematch untuk kanak-kanak. Aku pun menyuruh kameela dan ilyas untuk bermain sementara Maisarah pula seronok mewarna. Yang seronoknya menang atau kalah, setiap peserta akan mendapat hadiah.
Selesai telematch, mereka nampak penat. Jadi aku membelikan mereka Milo dan aiskrim. Cuaca pada hari itu sangat panas. Makin banyak kerenah mereka. Untuk meredakan suasana aku membawa mereka ke gerai Dutch Lady. Kebetulan gerai tersebut menyediakan permainan Sand Art. Aku sangat lega kerana kami tidak perlu lagi berkeliaran di tapak pesta oleh kerana permainan ini mengambil masa yang lama dan dibuat di bawah khemah.
Biarlah gambar di bawah menceritakan segalanya....
Harus aku akui memang susah menjaga kanak-kanak. Ini baru anak buah, bukan anak sendiri. Sebab itu haruslah kita sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada kedua ibu bapa yang sabar menjaga kita hingga ke saat ini. Balaslah jasa mereka dengan apa cara sekalipun.
Esok (18/11/2009) merupakan hari penentuan kepada Projek Sarjana Muda (PSM) yang telah aku lalui hampir dua semester. Pembentangan akhir di hadapan tiga orang panel penilai akan menentukan samada berbaloi atau tidak usaha keras yang aku lakukan selama ini. Secara jujur aku sangat berpuas hati dengan bantuan daripada penyelia PSM sehingga projek aku ini diterima untuk dibentangkan pada seminar peringkat antarabangsa bulan depan.
* poster PSM untuk pembentangan esok
Masa yang masih berbaki akan aku gunakan untuk mengingati fakta dan mengasah kembali kemahiran berucap untuk pembentangan esok. Pelbagai perasaan menghuni kini : + suka kerana akan menamatkan penat-lelah tiga tahun di kampus + gementar memikirkan persolaan daripada panel penilai + sedih mengenangkan sahabat rakan taulan yang perlu ditinggalkan bagi meneruskan perjuangan.
Walau apapun, doakan semoga aku berjaya dalam pembentangan esok. Aku juga tidak pernah lupa mendoakan kalian semua berjaya dalam apa jua yang sedang dilakukan.
Ingat! Jadilah manusia PROAKTIF yang PRODUKTIF.
Saturday, 14 November 2009
Habit 1 : Be Proactive
Menurut Stephen R.Covey dalam bukunya, tabiat pertama ini adalah 'alat' yang digunakan mengubah visi peribadi (personal vision). Beliau menekankan betapa sikap proaktif ini penting kerana sebagai seorang manusia kita bertanggungjawab terhadap setiap perkara yang kita lakukan. Apa yang kita jalani setiap hari adalah kesan daripada keputusan yang kita buat bukannya kerana keadaan semasa kita.
Dengan mengambil kehidupan sebagai seorang mahasiswa sebagai contoh, kita sering menjadikan SIBUK sebagai satu alasan untuk melepaskan diri dari melakukan pelbagai perkara sedangkan kesibukan itu sebenarnya datang hasil dari keputusan yang kita ambil setiap masa dan ketika.
Sebagai contoh apabila ada masa lapang, kita lebih cenderung untuk memilih melayari internet, bermain permainan video atau menonton televisyen sedangkan masa itu sebenarnya boleh diperuntukkan kepada perkara yang lebih bermanfaat. Apabila dekatnya masa untuk menghadapi ujian pertengahan semester barulah sibuk mengulangkaji pelajaran sehingga banyak perkara lain yang diabaikan. Pada peringkat sebeginilah kuasa membuat keputusan dapat dilihat. Pemilihan yang kita lakukan setiap saat boleh mengubah kesan kepada kehidupan setiap hari malah setiap bulan dan tahun.
Kita ambil sampel lain luar daripada ruang seorang mahasiswa, peniaga sebagai contoh. Golongan ini bekerja dengan matlamat yang jelas bahawa di penghujung hari jualan mereka, keuntungan sekian banyak harus diperolehi. Jika keuntungan kurang daripada matlamat maka kesimpulan yang boleh mereka buat ialah jualan pada hari tersebut tidak efektif. Tidak efektif mungkin dari segi cara mempamerkan barang jualan, barang jualan yang kurang bermutu atau jurujual yang tidak mersra pelanggan. Apabila kelemahan-kelemahan ini dapat dikenalpasti maka sikap 'proaktif'' harus diambil bagi memperbetulkan semua keadaan tersebut supaya kesilapan sama tidak berulang dan matlamat dapat dicapai.
Untuk memudahkan pemahaman, boleh aku katakan bahawa sikap 'proaktif' ini adalah suatu alat untuk 'mengubah sikap'. Betapa mahasiswa pada hari ini boleh aku golongkan kepada tiga golongan- kebanyakannya bersikap pasif, sesetengahnya hanya reaktif dan majoriti bersikap tidak proaktif.
Pasif - masuk ke universiti hanya untuk tujuan belajar, jawab soalan peperiksaan dan dapatkan segulung ijazah di akhir pengajian.
Reaktif - bertindak apabila datangnya tekanan dan 'ketukan' daripada orang lain. (apabila berjumpa masalah baru mencari jalan penyelesaian)
Proaktif - bertindak atas kesedaran individu untuk memperbetulkan masalah.
Anda berada di dalam golongan yang mana?
Sikap 'proaktif' ini harus dibentuk kerana ia mengembalikan manusia kepada sifat asal penciptaan iaitu menjadi ketua bagi mentadbir dunia. Bayangkan bagaimana jika hilangnya sikap 'proaktif' di dalam diri manusia, ia akan melahirkan generasi yang Ust Hasrizal namakan sebagai generai "Aku Tidak Pedulisme" hasil daripada pembentukan sikap yang salah (pasif dan reaktif). Inilah yang digambarkan dalam lagu Bangau Oh Bangau di mana setiap penama dalam lagu tersebut mengambil sikap pasif dengan senantiasa menyalahkan penama yang lain. Namun akhirnya kerana ular mengambil sikap 'proaktif' dengan tidak menyalahkan sesiapa lagi maka lagu Bangau Oh Bangau dapat ditamatkan.
Seorang pemimpin atau ketua harus bijak memandu masyarakat untuk menjadi warganegara yang baik. Seorang pemimpin yang bijak akan bersikap mendahulukan masyarakat daripada kepentingan peribadinya kerana beliau faham bahawa dengan terbelanya masyarakat maka banyak masalah dapat diselesaikan. Dengan ini beliau haruslah 'proaktif' untuk memikir dan menjalankan dasar-dasar yang boleh menguntungkan rakyat walaupun tindakan tersebut akan dianggap sebagai kurang popular.
Apatah lagi sebagai seorang muslim, agama banyak mengajar kita untuk menjadikan sikap 'proaktif' sebagai pakaian hidup.
"Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia MENGUBAH dengan tangan, jika tidak mampu maka UBAHLAH dengan lisan dan jika tidak BENCILAH dengan hati. Itulah selemah-lemah iman"
Islam datang sebagai satu pakej lengkap untuk mengubah manusia menjadi insan yang mulia bertepatan dengan tujuan penciptaannya. Bagaimana cara berubah, apa yang perlu diubah serta segala persoalan tentang PERUBAHAN ada di dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW.
Cuma kita yang masih lagi pasif. Pasif untuk MEMBACA, MENYELONGKAR apatah lagi untuk MENGAMALKANNYA dalam kehidupan. Ayuh, ubah gaya hidup! Bawalah sikap 'proaktif ' ketika belajar, ketika makan, ketika bekerja, ketika tidur dan dalam setiap perkara yang kita lakukan.
Aku mengimpikan adanya generasi 'proaktif' yang 'reaktif'
Buat masa ini aku sedang menekuni kuliah '7 Habit of Highly Effective Muslim' oleh Ustaz Hasrizal Abd Jamil. Beliau menjadikan buku karangan Stephen R. Covey-7 Habit of Highly Effective People sebagai rujukan dan diubahsuai supaya ada suntikan rohani di dalam penyampaiannya. Harus diakui kuliah motivasi seperti ini harus ditekuni oleh semua terutamanya mahasiswa supaya nilai kendiri (self esteem) dan sudut pandang dalam kehidupan dapat diperbetulakan.
Seperti mana prinsip yang aku pegang selama ini, ilmu itu boleh datang dari pelbagai sumber. Bacalah apa juga jenis tulisan sekalipun sama ada ianya dalam versi novel, buku, artikel atau majalah kerana perkara ini telah aku kategorikan sebagai 'guru bisu' dalam proses pembelajaran. Namun apabila ianya dapat dihurai, diperjelaskan dan dalam masa yang sama dikaitkan dengan contoh persekitaran, ia menjadikan 'guru bisu' itu diberi nyawa untuk memperjelaskan lagi apa maksud sebenar isinya.
* ada sesiapa yang sudi menghadiahkan buku ini kepadaku??
Sebab itu ia menjadi sesuatu yang mengagumkan apabila seorang Ustaz yang mendapat sarjana dalam disiplin keagamaan mengulas menggunakan apa yang beliau gelarkan 'kitab' dari Barat. Sungguh walaupun aku minat membaca namun belum terdetik untuk aku memiliki apatah lagi membongkar buku-buku motivasi dari negara luar. Pendekatan Ust Hasrizal berkuliah atau lebih tepat lagi aku namakan sebagai 'membedah' buku pengarang barat adalah suatu contoh yang baik atas nama perkongsian ilmu untuk lebih kenal-mengenal dan berkongsi sisi pandang dalam kehidupan.
Sehingga artikel ini ditulis, aku hanya sempat menghabiskan dua kuliah beliau yang mana membincangkan tabiat pertama dan kedua dari buku tersebut. Insyaallah aku akan berkongsi sedikit pandangan mengenai tabiat 1 dan 2 iaitu proactive dan begin with the end in mind dalam artikel yang seterusnya.
Pengalaman adalah guru bisu, yang mengajar suka dan kesukaan; duka dan kedukaan.
Pengalaman adalah guru bisu, yang mengajar sabar dan kesabaran; perit dan keperitan.
Pengalaman adalah guru bisu, yang mengajar manusia dan kemanusiaan; hidup dan kehidupan.
Buku juga adalah guru bisu, yang mengajar ilmu dan keilmuan, yang mengajar tahu dan pengetahuan, yang mengajar sastera dan kesusasteraan,
Hakikatnya pengalaman dan buku adalah guru bisu; yang mengajar perkara tersembunyi. Bersedialah kita untuk belajar dari buku dan pengalaman kerana ia membantu kita celik menempuh zaman.
Pertamanya aku ingin memohon maaf kepada pengunjung setia blog ini. Hendak dikira dengan masa, memang sudah lama aku tidak menghantar artikel baru. Bukan malas alasannya, cuma sedikit sibuk dengan aktiviti di sana sini.
Saat ini aku sedang menatap novel trilogi Natasya, Julia dan Cinta Madinah. Tiga novel terbaik karangan Abu Hassan Morad yang dikompilasikan dalam satu edisi khas sempena 70 tahun Hadiah Sastera Kumpulan Utusan. Boleh aku katakan novel ini sudah 'berumur'. Bukan keluaran baru namun ketika ia diterbitkan, minat membaca novel belum berakar dalam diri. Baru kini aku cuba membuka sedikit ruang untuk memberi peluang kepada novel-novel terpilih untuk dijadikan teman ketika ada ruang. Tetapi aku tidak mahu mengulas mengenainya pada kali ini. Halaman pertama pun belum terusik.
Cumanya untuk kiriman kali ini, aku ingin berkongsi sebuah karya yang aku kira juga 'berumur' tetapi diterbitkan kembali dalam bentuk yang lebih kontemporari.
Surat-Surat Perempuan Johor karangan Faisal Tehrani menjadi koleksi terbaru dalam ruang bacaan. Bagiku ia bukanlah sebuah karya biasa tetapi karya sejarah yang berjaya disampaikan dalam bentuk novel. Dan ia juga bukanlah sebuah novel biasa kerana dikisahkan melalui surat-surat tidak rasmi. Satu pendekatan unik yang selayaknya menjadi antara karya sastera terhebat Faisal Tehrani.
Perempuan itu seperti dalam pengetahuan kita, terkandung dalam enam huruf pengertiannya. (lihat Raja Hamzah Yunus, "Perempuan Melayu: menurut takrif naskah melayu riau johor" dalam Jurnal Warisan Johor, Jilid II, Yayasan Warisan Johor, Johor Bharu, 1998)
Huruf FA itu berkaitan fasih. Lidah kita orang perempuan ini harus fasih memuji Allah dan Rasul-Nya, memuji kebaikan suami dan orang yang berbudi kepadanya.
Sedang RA itu mengenai ramah untuk bertemu jalan Allah, ramah mendapat petunjuk Rasulullah SAW serta ramah mendapat kasih suami.
Kitab itu juga mengajarkan kita huruf MIM pada perempuan itu adalah sifatnya yang malu kepada Allah dan kepada Rasul, sayugia setelah ada segan dan silu tentu juga pandai kita memelihara malu suami dan malu lain di tempat yang patut kita menaruh malu.
Perempuan itu mengamdungi dua FA, dan akan huruf FA yang kedua membawa erti percaya. Perempuan harus penuh kepercayaan, tidak mengkhianat, tidak kenal ingkar, tidak bercakap dusta-dusta dan ditegah membuka jalan yang haram.
Sedang WAU pula seperti syarah bonda Ampuan, ada perempuan itu wangi kerana haruman bidadari syurga itu kita yang warisi. Kerana wangi menyejukkan hati, mendamaikan suami dan terbendunglah kita dari menyebar pengkhabaran busuk dan umpat-umpatan berbau bangkai.
Sedang huruf akhir, NUN, membawa erti besar iaitu andalan. Seperti permata berharga, perempuan itu memelihara dan menegnal ia baik jahat, dosa da pahala hingga dapat menjadi andalan dirinya. Yang namanya perempaun itu ialah insan yang terpercayakan.
Penggunaan gaya bahasa Melayu lama amat memukau. Mungkin ada yang akan berkata ianya tidak lagi sesuai digunakan pada zaman ini namun aku amat menyenanginya. Selain itu penggunaan pantun dalam menyampaikan sesuatu perkara turut menjadi daya penarik novel ini.
Mahu berguru di Puncak Opir, Diajar puteri bunganya silat, Perluas ilmu tajam berfikir, Barulah Islam dapat didaulat.
Pendeta datang dari Pontian, Mencurah ilmu membuka madrsah, Jika yng alim menunjuk jalan, Senang sang amir memacu arah.
Memilih nilam antara delima, Ditempa molek jadikan pualam, Baik-baik memilih nakhoda,
Salah gerangan habislah karam.
Di sebalik penggunaan laras bahasa Melayu lama yang memukau dan seni pantun dalam budaya masyarakat Melayu, fokus utama yang lebih menarik ialah tentang isu yang cuba disampaikan lewat surat dan warkah yang dipaparkan.
Pengarang cuba membawa kisah bagaimana pengaruh era kepimpinan Turki Uthmaniah cuba diadaptasi oleh Sultan Abu Bakar di Johor. Penggunaan undang-undang Islam dalam urus tadbir kehidupan rakyat diwartakan melalui Majalah Ahkam Johor seiras seperti Hukum Kanun Melaka yang memiliki ciri-ciri keIslaman di dalam penggubalannya.
Kembara Ungku Nur hingga ke Turki untuk menjejak sejarah warkah Tuk Hamidah yang dikahabarkan berkahwin dengan lelaki Turki suatu masa dahulu membuatkan rangkaian kisah semakin menarik. Hanya dengan membacanya sendiri barulah anda akan faham maksud yang cuba aku sampaikan.
Dalam kecelaruan sistem yang ada pada hari ini, novel ini semacam memberi suatu gambaran di mana sejarah telah membuktikan betapa pemerintah terdahulu komited dengan sistem pemerintahan Islam yang dirujuk kepada kerajaan Turki Uthmaniah. Mengapa kini kita berbangga dengan sistem bawaan penjajah yang telah terhakis kredibilitinya dalam menyusun atur kehidupan bermasyarakat. Bukanlah hukum itu hanya pada bab jenayahnya sahaja tetapi merangkumi seluruh sistem sosial yang menjadi teras kehidupan seharian manusia. Jika tidak menjadi kenyataan sekalipun untuk melihat tertegaknya kembali empayar khalifah, janganlah kita berhenti untuk berusaha kerana bukan hasil sahaja yang menjadi perhatian tetapi usaha juga turut menjadi perkiraan.
Suasana raya masih hangat di mana-mana. Sudah menjadi budaya masyarakat Malaysia, raya disambut selagi mana syawal masih ada. Rumah terbuka masih rancak di sana-sini. Bagi aku ia merupakan suatu budaya yang sihat kerana rumah terbuka atau jemputan beraya ke rumah mampu untuk mengeratkan tali silaturrahim antara satu sama lain. Cumanya janganlah hingga berlaku pembaziran dalam mengendalikannya.
Hari ini aku ingin berkongsi sedikit pengalaman ketika mahu pulang setelah cuti beraya di Bangi. Oleh kerana tiket bas dari Seremban ke Batu Pahat telah habis, aku membuat keputusan untuk menaiki bas dari stesen Shah Alam untuk ke Batu Pahat. Untuk itu aku perlu menaiki komuter dari stesen UKM ke KL Sentral sebelum menukar komuter ke stesen Shah Alam. Alhamdulillah, pergerakan dengan komuter pada pagi itu lancar. Tiada sebarang masalah berlaku.
Setelah lebih 80 minit berada di dalam komuter aku akhirnya tiba di Shah Alam, terus mengambil teksi menuju ke stesen bas. Suasana di stesen bas sangat sesak. Penuh dengan lautan manusia menunggu ketibaan bas untuk menuju ke detinasi masing-masing. Bas aku dijadualkan bertolak pada jam 11 pagi. Ini bermakna aku perlu menunggu lagi setengah jam sebelum bas tiba.
Kawasan menunggu sangat sesak. Jadi aku mengambil keputusan untuk menunggu di lorong belakang atau lebih tepatnya di kawasan meletak kenderaan kerana di situ lebih lapang. Nak membaca keadaan langsung tidak selesa. Nak duduk pun tiada kerusi yang kosong. Apa yang boleh aku buat hanyalah berdiri sambil melihat gelagat manusia di sekeliling.
Aku kemudiannya dihampiri oleh seseorang.
"Bas pukul berapa", sapa lelaki tersebut.
Daripada pakaian dan perwatakannya, andaian pertama aku adalah beliau merupakan anggota polis. Bukannya susah nak kenal anggota polis. Kacamata hitam, seluar jeans, kasut kulit.
"Pukul 11 pagi", aku menjawab selamba.
"Ikut saya ke sana sekejap", arah lelaki tersebut sambil tangannya menunjuk ke arah satu kumpulan manusia yang duduk di bawah payung.
"Kenapa pula ni. Kesalahan apa yang aku dah buat", aku berbisik dan jantung mula berdebar. "Nak buat apa?", sempat aku lontarkan pertanyaan.
"Buat ujian air kencing", tegasnya.
"Saya dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Kami buat ujian air kencing secara rambang", beliau menyambung bicara. Mungkin untuk lebih meyakinkan aku yang nampak keliru.
"Oh. Lama tak? Bas saya lagi 15 minit bertolak." Aku sebenarnya malas nak melakukan ujian tersebut. Entah mengapa aku yang dia pilih. Agaknya muka macam aku ni ada muka penagih rasanya. Ketawa kecil sendiri dalam hati.
"Sekejap je. 5 minit dah boleh tahu keputusan"
"Boleh la...", aku akhirnya mengalah.
Setibanya aku di meja, seorang perempuan yang bertugas untuk merekodkan data meminta kad pengenalan. Kemudian satu botol bertutup kuning diberi dan lelaki tadi mengiringi aku ke tandas. Sepatutnya untuk masuk ke tandas setiap orang dikehendaki membayar 30 sen tetapi disebabkan ini adalah tugas rasmi AADK, aku masuk secara percuma. Seronok juga. Dapat buang air percuma, basuh tangan dan basuh muka percuma.
Setelah itu, tiga peralatan ujian berbentuk kertas panjang dikeluarkan dan dicelup ke dalam botol. Sambil menunggu keputusan aku mengambil peluang untuk bercerita dengan mereka yang bertugas. Menurut mereka, operasi ini telah dijalankan selama seminggu yang lepas. Anggota AADK ditempatkan di seluruh stesen bas bertujuan untuk mengenalpasti pemandu yang menggunakan dadah semasa memandu. Di Shah Alam sahaja sebanyak 8 orang pemandu telah ditahan kerana positif dadah.
Semasa sedang rancak berborak, seorang anggota lain mengiringi seorang remaja lelaki yang digari tangannya ke temapt kami. Dia disyaki mengambil dadah tetapi dibebaskan dengan jaminan.
Selepas lima minit keputusan ujian aku pun dibaca. "Anda POSITIF..."
Ya aku POSITIF bebas dari pengaruh dadah. Alhamdulillah.
Usaha ini adalah antara usaha yang patut dipuji. Sekurang-kurangnya pihak berwajib menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Aku pula berpendapat bahawa usaha ini adalah hanya sebagai langkah pencegahan sedangkan sepatutnya punca masalah in perlu dikenalpasti dan dihapuskan. Apa yang aku maksudkan ialah pusat berlakunya proses penjualan dadah harus dihapuskan. Di mana lagi kalau bukan disko-disko, lorong-lorong pelacuran dan tempat menjual minuman keras (bar). Tempat inilah yang menjadi markas memasarkan dadah seperti ganja dan pil kuda.
Kepada rakan-rakan di luar, jauhilah diri anda dari pengaruh dadah. Bukan sahaja dadah dalam bentuk zahir tetapi yang utama ialah dadah dalam bentuk pemikiran, perlakuan dan perbuatan yang boleh mengkhayalkan dan merosakkan sistem kehidupan. Hanya Islam menawarkan ubat kepada segala penyakit kehidupan manusia.
KUALA LUMPUR - Seramai 46 daripada 8,110 pemandu bas ekspres yang menjalani ujian air kencing di 35 terminal bas utama di seluruh negara dalam Ops Bersepadu sempena Perayaan Aidilfitri didapati positif dadah.
Mereka yang berusia antara 19 dan 41 tahun didapati positif mengambil ganja, amphetamine dan ABS.
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Abd Bakir Zin semalam berkata, dalam operasi itu juga 116 pengguna jalan raya lain turut dikesan positif dadah.
“Matlamat utama ujian air kencing itu adalah bagi membantu kerajaan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya akibat pengaruh dadah,” katanya kepada pemberita di Hentian Bas Jalan Duta di sini.
Beliau gembira kerana dalam tempoh operasi bersepadu itu, tiada nahas jalan raya yang membabitkan bas ekspres.
Operasi Bersepadu sempena musim Perayaan Aidilfitri 2009 yang bermula sejak 16 Sept berakhir hari ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pihak pengurusan terminal bas. - Bernama
Salam Ramadhan, Pejam, celik, pejam, celik, Ramadhan sudah menghampiri penghujungnya. Lagu-lagu raya sudah mula dimainkan di pasaraya dan bilik-bilik kolej kediaman pelajar. Begitulah ghairahnya manusia ingin menyambut raya. Bukan sahaja manusia yang menyambut raya tetapi semua benda turut terken tempias hari raya. Baju raya, kasut raya, kad raya, kuih raya, duit raya...Pendek kata raya di mana-mana.
Tapi Ramadhan belum habis lagi. Masih ada ruang-ruang mengumpul pahala hasil daripada amal ibadah yang dilakukan. Jangan kita lupa untuk mencari satu malan yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam lailatul qadar. Isilah malam-malam di minggu terakhir Ramadhan dengan ibadah sunat-qiamullail, zikir, wirid, dan bertilawah Al-Quran. Jika gagal berjumpa dengan 'tetamu' lailatul qadar sekalipun, yakinlah bahawa setiap amalan yang dilakukan dengan ikhlas tersebut ada perkiraan dalam buku catatan amal.
Esok (23 Ramadhan 1430), aku diminta oleh pihak Kelab Iqra untuk mengisi slot IkoN pada program Kuliah Pembangunan Integriti Islam (KP2i). Bertungkus lumus aku cuba menyiapkan slaid powerpoint bagi pembentangan esok. Tajuk yang diberikan ialah "Pemuda Agen Perubahan". Fuhh... macam gempak je tajuk yang diberikan. Moga pembentangan esok juga akan gempak. Aku berharap agar pembentangan esok akan berjaya mengubah persepsi mahasiswa/wi untuk menjadi agen perubahan atau dalam kata lainnya menjadi seorang pendakwah yang bertugas merubah suasana kampus agar menuju ke arah yang lebih baik.
Aku mengambil serius jemputan ini. Aku tidak mahu hanya hadir untuk melepaskan tanggungjawab dan memenuhi tentatif program semata, sebaliknya aku mengharapkan kesan besar daripada pembentangan tersebut. Terima kasih aku ucapkan kepada pihak urusetia yang memberi kepercayaan kepada mahasiswa 'tua' ini untuk berkongsi sedikit buah fikiran kepada mahasiswa 'muda' di kampus ini.
Jom ramai-ramai datang untuk beri semangat dan jangan lupa doakan semoga pembentangan esok berjaya.
Salam Ramadahn. Sedar atau tidak hari ini sudah lebih kurang seminggu Ramadhan menjadi tetamu kita. Pasti dalam seminggu yang lepas pelbagai kenangan telah mewarnai Ramadhan kita pada kali ini. Tidak kira apa jua yang kita lakukan, pastikan supaya ianya menjadi sebahagian daripada amal ibadah yang dikira perbuatannya sebagai amal soleh.
Pada kiriman kali ini aku ingin berkongsi sedikit mengenai peristiwa sebelah petang tadi. Mungkin aku boleh gambarnya ianya sebagai suatu usrah tidak formal antara aku dengan sahabat Sarawakku, Sahrul Khair. Perkongsian idea ini berlaku ketika kami bersama-sama membetulkan tayar basikal yang pancit.
Proses pertama : membuka tayar daripada posisinya
Begini mulanya.... Lebih kurang pukul 3 petang, aku mengajak Sahrul untuk membantu menukar tiub tayar basikal kami yang pancit. Kami di sini bermaksud tayar basikal aku pancit, begitu juga tayar basikal sahrul. Jadi kedua-dunyanya perlu ditukar dengan tiub yang baru.
Sebelum memulakan tugas menukar tiub, aku sempat bertanya kepada Sahrul. "Enta pandai tak tukar tiub tayar basikal?" Aku memang biasa membahaskan diri Sahrul sebagai 'enta'. "Sik pernah. Tok lah kali pertama", jawab Sahrul.
Aku tidak kisah sama ada Sahrul pandai atau tidak dalam hal sebegini kerana sebenarnya kerja ini memang boleh aku lakukan secara bersendirian. Cuma tidak seronok kerana tiada teman untuk berbual. Skru dilonggarkan, tayar dicabut dari posisinya. Dengan menggunakan peralatan khas, tayar dikopak supaya tiub yang sudah bocor dapat dikeluarkan. Sahrul dengan tekun turut membantu. Kemahiran memperbaiki sendiri basikal telah aku pelajari sejak lama dahulu ketika aku tinggal di Sabah. Terima kasih kepada bapaku yang menurunkan kemahiran ini.
Ini proses mengopak tayar
Dalam sibuk melakukan kerja, sempat Sahrul berkata "Orang Elektrik tukar tiub basikal. Mana nak jadi". (orang elektrik di sini merujuk kepada diri Sahrul yang mengambil kursus kejuruteraan elektrik di UTHM). Aku pun menjawab spontan "Takkan mesti ambil kursus mekanikal baru boleh buat kerja ni. Itu satu pemikiran yang salah".
Terus aku teringat kepada kenyataan sahabat lamaku, Ustaz Azlan "Minda mahasiswa masa kini telah dicompartmentalizationkan @ dikotak-kotakkan. Orang agama hanya bekerja di masjid, jabatan agama. Jurutera di kilang-kilang, peguam di mahkamah. Ini suatu budaya yang tidak sihat".
Ya. Aku setuju dengan pendapat Ustaz Azlan. Mungkin Sahrul ada simptom compartmentalization tersebut. (tapi simpton pada tahap yang tidak merbahaya). Mungkin Sahrul berpendapat perlu 'menjadi' seseorang baru boleh melakukan kerja 'orang' tersebut. ------------------------------------------------------------------------------------------------
Setiap Muslim Adalah Dai'e
Gejala compartmentalization yang merebak di dalam minda masyarakat muslim adalah merbahaya. Gejala ini sudah sekian lama dipelopori di Eropah bila mana urusan agama dan urusan pengurusan keduniaan diasingkan. Lantas ideologi ini dikenali sebagai sekularisme.
"Aku bukan ambil bidang pengajian agama. Mengapa pula aku yang perlu menjadi pendakwah"
"Alah, ustaz dan ustazah lepasan Mesir kan ramai. Suruh mereka je ajarkan murid kita ni mengaji dan menulis jawi"
"Kami bukannya alim. Malulah nak solat berjemaah di surau"
Ini antara dialog akibat daripada gejala compartmentalization. Menjadikan muslim itu dipasarkan mengikut bidang pengajian di universiti. Kesannya nanti adalah kepada proses dakwah itu sendiri. Mahasiswa akan menjadi bidang pengajian mereka sebagai 'alasan kukuh' untuk tidak melakukan dakwah. Bukanlah yang dimaksudkan berdakwah di sini perlu dengan duduk di hadapan orang ramai menyampaikan ilmu semata-mata tetapi dakwah yang disampaikan dalam kaedah yang pelbagai.
Jurutera dengan kaedah kejuruteraannya Doktor dengan kaedah perubatannya Peguam dengan hujah dan faktanya
Maksudnya semua muslim itu boleh menjadi pendakwah dalam posisi masing-masing. Tidak mesti ustaz atau ustazah datang ke kilang atau tapak pembinaan untuk berkuliah agama atau turun ke setiap hospital untuk memberi tazkirah. Cukup hanya dengan individu muslim itu sendiri memainkan peranan dalam posisinya.
Cuma yang perlu diberi perhatian ialah persiapan untuk berdakwah itu sendiri. Bak kata pepatah arab "Orang Yang Tiada Apa-Apa tidak Dapat Memberikan Apa-Apa".
Dakwah itu adalah medan untuk kita menyampaikan ilmu Islam kepada sesama muslim. Persipkanlah diri dengan sedikit-sebanyak ilmu tentang tauhid, akidah, ibadah, fardu ain dan ulum Al-Quran serta hadis. Insyaallah kerjaya sebagai pendakwah boleh diisi pada bila-bila masa. Tetapi sebelum tu jangan lupa jernihkan fikrah sebelum berdakwah.
Hasilnya......
Ingat saudara, kita ini umat Nabi Muhammad SAW. Mulianya kita kerana Allah SWT beri kita kesempatan untuk menyambung tugas yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Dapat juga kita peluang untuk merasa pedih dan peritnya ketika Nabi kita berdakwah suatu ketika dulu.
Terangi malam-malamnya dengan butir-butir bintang doa dan ibadah, Bakar pelita malamnya dengan kelazatan berzikir dang bertahajud kepadaNya, Mudah-mudahan acuan perisai ketaqwaan jua yang akan kita raih sebagai ganjaran.
Alhamdulillah. Masih dipanjang umur oleh Allah SWT untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini. Bulan yang pada awalnya RAHMAT, pertengahannya KEAMPUNAN dan penghujungnya KELEPASAN DARI API NERAKA. Merenung kembali terowong masa yang telah berlalu terasa sangat kerdil diri ini di sisi pencipta. Terlalu banyak dosa dan maksiat yang dilakukan namun tidak pernah sang pencipta mengurangkan nikmatnya pada diri.
Nikmat kesihatan terutamanya di kala wabak penyakit menyerang, nikmat masa lapang di kala orang lain dalam kesibukan dan yang paling utama nikmat kehidupan di kala kita melihat ada insan yang dipanggil pulang ke negeri abadi.
Sempena kedatangan bulan Ramadhan kali ini, bersama kita pasakkan semangat untuk berubah: * daripada keburukan kepada kebaikan * daripada seorang jahil kepada seorang yang alim * daripada seorang muslim kepada seorang mukmin * daripada seorang manusia biasa kepada seorang hamba yang taat setia
Mudah-mudahan kehadiran Ramadhan kali ini memberi satu momentum baru kepada diri agar menemui makna hamba dan hakikat kehidupan sebenar di dunia ini.
96:1 Proclaim! (or read!) in the name of thy Lord and Cherisher, Who created-
خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَق
96:2 Created man, out of a (mere) clot of congealed blood:
اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ
96:3 Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful,-
الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ
96:4 He Who taught (the use of) the pen,-
عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
96:5 Taught man that which he knew not.
Sedang dibaca
Bahasa Puitis Menyentuh Emosi
Jika aku cintakan jasadmu pasti aku akan mati kini kerana tidak dapat memilikinya. Tetapi aku cintakan sikap dan hatimu. Sikapmu telah banyak mengajarku erti perjuangan. Dan hatimu yang penuh ikhlas membawaku kepada jalan Allah.
Dan kini selepas aku gagal mendapatkan cintamu, aku yakin aku masih ada cinta Allah.
Sebuah kisah kehidupan
Saya tentu sahaja akan menerima nasihat, pilih lelaki kerana iman dan agamanya. Itu sahaja yang patut jadi keutamaan. Lelaki yang dapat membimbing. Lelaki yang dapat membawa saya bukan hanya saat bersama meneguk syurga dunia tetapi dapat pula memacu ke syurga yang lebih abadi di alam akhirat. Lelaki seperti itulah yang sepatut jadi tumpuan. Istimewa yang soleh sahaja akan terus berkekalan.