Ia datang lagi

Ia datang lagi

jom hebohkan

Monday 22 December 2008

Salju Ketenangan

Salam pertemuan...

Di waktu cuti begini tentunya pelbagai aktiviti boleh dilakukan oleh sahabat-sahabat semua. Samada bekerja secara sambilan untuk mengumpul sedikit duit poket, duduk di rumah membantu ibu bapa atau pun melakukan kerja-kerja sukarela pastikan apa yang anda lakukan memberi manfaat kepada diri anda dan orang lain. Biarlah kehadiran kita di mana jua lapangan untuk beraktiviti meringankan sedikit-sebanyak beban orang di sekeliling.

Aku menghabiskan cuti kali ini dengan aktiviti yang pelbagai. Menjadi rutin untuk aku membantu ibu bapa melakukan kerja di rumah seperti menyapu, mencuci kerete dan sebagainya. Itu tidak perlu aku huraikan. Namun ada yang lebih menarik untuk aku kongsikan bersama di sini. Yang pertamanya mengenai buku yang sedang aku tatapi dan yang kedua mengenai jaulah @ perjalanan @ musafir ke negeri Terengganu Darul Iman.

Salju Sakinah
Semasa dalam perjalanan untuk ke Tanjung Karang bagi merayakan Raya Korban, aku sempat melilau dalam Hentian Puduraya. Pada jangkaan awal aku, tiket bas ke Sabak Bernam boleh diperolehi setiap satu jam. Pada jam 10 pagi aku sudah berada di Hentian Puduraya. Kesesakan puduraya di waktu cuti begini sangat tidak menyenangkan diriku. Sejurus ke kaunter untuk membeli tiket, aku diberitahu bahawa pada hari itu hanya ada satu bas yang akan bergerak ke Sabak Bernam-secara tepanya pada pukul 2 petang.

2 petang???? Sekarang baru pukul 10 pagi.

Walaupun terkejut namun tidak ada lternatif lain yang boleh aku lakukan selain membeli sekeping tiket dan menunggu di dalam kesesakan manusia.

Merasa tidak senang untuk duduk di celahan pelbagai ragam manusia, aku melangkah kaki menuju ke kedai buku. Aku lebih selesa melihat kedai yang sesak dengan buku daripada melihat sesaknya manusia. Duit tidak seberapa dalam poket tapi aku bercadang untuk membeli juga sebuah buku yang boleh dijadikan teman istimewa sepanjang perjalanan ke Tg Karang.

Setelah mencari sekian lama, aku menemui sebuah buku yang aku rasakan cukup ringkas tetapi berguna lebih-lebih lagi sebagai bahan usrah semester hadapan. Buku karangan Dr Mustafa As-Sibai'e - "Riwayat Hidup Rasulullah SAW" diterbitkan oleh Pustaka Salam pada tahun 2004. Aku kemudian ke bahagian novel. Buku karangan Faisal Tehrani cuba ku cari.(Banyak perkara yang aku masih belum jelas tentang penulis ini. Tentang jalur pemikirannya yang menjadi perdebatan sesetengah pihak). Sebuah novel tebal berwarna biru dengan gambar sepasang mata menarik perhatianku. Hah... Inilah buku yang aku ingin beli semasa awal semester dulu tetapi hasrt itu tertangguh akibat kesibukan bergelumang dengan buku-buku akademik.

"Mahal juga harganya, tapi kalau tidak dibeli hari ni, entah bila lagi aku akan ke kedai buku", aku berbisik. Akhirnya kedua-dua buku tersebut aku bawa ke kaunter pembayaran. Dalam perkiraan asal, RM 41 akan masuk ke dalam akaun pekedai tersebut.

"RM 36 dik. Diskaun 10 peratus", kata abang kedai dengan loghat utara. Ini sudah baik. Ada diskaun. Mungkin rezeki aku pada hari itu.

Mengapa novel ini menjadi pilihan?
Entah. Tiada jawapan tepat yang dapat aku beri. Namun mungkin kerana peribadi penulis ini yang menyebabkan aku memilih. Zaid Akhtar merupakan seorang yang berkelulusan Bahasa Arab daripada Universiti Yarmouk, Jordan. Kini beliau menjadi guru Bahasa Arab di sekolah di mana beliau menuntut ketika sekolah menengah dahulu iaitu di Sek Men Agama Segamat.

Sepertiga membaca novel ini aku merasa cukup seronok walaupun watak utamanya adalah seorang muslimah cekal bernama Sumayyah. Aku merasa teruja kerana latar belakang cerita yang bermula di Jordan semasa Sumayyah belajar seterusnya balik ke kampung di Seggarang setelah tamat pengajian seolah-olah dapat aku rasai sendiri. Pertama mungkin kerana ketika ini aku sendiri melalui kehidupan sebagai seorang mahasiswa. Maka sedikit sebanyak apa yang dilalui oleh watak utama ini ada kena mengena dengan kehidupanku di kampus. Kedua kerana kampung Sumayyah berada di Senggarang. Tempat ini tidak jauh dari kampusku di Parit Raja. Maka beberapa tempat yang disebut oleh penulis dapat aku selami dan hayati.

Aku menyesyorkan kepada peminat novel untuk memiliki senaskah hasil tulisan yang bermutu ini. Sekurang-kurangnya bagi aku ada terselit suatu semangat motivasi daripada penceritaan kisah Sumayyah yang tabah menghadapi segala cabaran dalam hidup.

Nota : kisah aku ke Terengganu akan dikongsi pada tulisan seterusnya.

Friday 14 November 2008

T.A.K.U.T

Salam Peperiksaan,

Lama tak mencurah idea dalam arena blog. Maaf, aku 'disibukkan' dengan 'perang' minda dan perasaan sepanjang minggu peperiksaan ini berlansung. Banyak isu yang berlaku yang aku cukup teruja untuk memberi maklumbalas melalui blog tetapi terpaksa dipendam atas alasan 'perang'. Alhamdulillah, tiga daripada lima subjek yang perlu aku duduki telah diselesaikan.

Isu politik merupakan isu majoriti dan bagi aku isu 'wajib' bagi mana-mana suratkhabar. Bukankah politik itu berkaitan pengurusan manusia, sumber manusia, agama, ekonomi bahkan sukan itu juga adalah isu politik. Jangan anda berfahaman bahawa politik itu mesti dikaitkan dengan parti sekian-sekian atau menteri sekian-sekian, tetapi politik sebenarnya adalah berkaitan PENGURUSAN. Makan juga adalah politik. Bukankah kita memilih untuk makan nasi lemak atau telur separuh masak sebagai contoh untuk sarapan pagi? Itulah politik makanan. Ahh...pagi ni aku tak nak mengarut mengenai politik(mulai sekarang baca PENGURUSAN). Ada dua isu yang bagi aku cukup penting untuk diulas dan dikongsi bersama pengunjung setia blog.

Isu yang aku maksudkan ialah :
1) Fatwa pengharaman perawakan tomboy
2) Penayangan video Sajak Kematian kepada pelajar sekolah rendah

Ikut hati mahu saya aku mengulas kedua-dua isu ini sekaligus. Ye la, tengah panas. Kalau lambat nanti sejuk dan tak relevan untuk dibincangkan. Namun aku rasa untuk kali ini adalah lebih baik untuk aku fokus kepada satu isu terlebih dahulu untuk diulas. Atas maksud itu aku memilih untuk mengulas isu kedua (politik=pengurusan juga ni).

Sajak Kematian
Isu ini timbul selepas satu laporan polis dibuat oleh ibu kepada seorang pelajar berumur tujuh tahun mengenai sikap anaknya yang berubah selepas satu tayangan video di sekolah. Ibu tersebut mendakwa anaknya mengalami perubahan sikap yang mendadak iaitu tidak mahu meninggalkan solat. Setelah disiasat ibu tersebut mendapati perubahan itu berlaku setelah anaknya didedahkan kepada satu video yang dinamakan sebagai Sajak Kematian di sekolah.

Apa salahnya Sajak Kematian?
Mengikut pencarian aku terhadap artikel dan tulisan yang pelbagai mengenai isu ini, aku mendapat gambaran bahawa secara kasarnya video ini menayangkan perkara yang berkaitan dengan alam kubur dan soalan-soalan 'bocor' ketika dalam kubur. Secara jujur aku belum melihat video ini sepenuhnya. Video dimulakan dengan perarakan mayat ke kubur, proses penanaman dan bahagian yang terpenting ialah gambaran proses soal jawab manusia-malaikat.

Perkara yang ditayangkan ini adalah pemaparan secara visual tentang penceritaan secara lisan oleh ustaz dan ustazah seperti mana kebanyakan kita pernah dengar sewaktu bergelar pelajar sekolah rendah dan menengah satu waktu dahulu. Jadi secara dasarnya gambaran ini tidaklah salah walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa kita tidak tahu bagaimana suasana sebenar alam kubur. Kadangkala tidak cukup dengan penerangan secara lisan semata-mata. Kaedah visual boleh digunakan bagi menyampaikan maksud yang sama bahkan ianya lebih berkesan. Perkara ini boleh dilihat begini : Filem mengenai dakwah Rasulullah SAW ada dibuat. Filem Ar-Risalah contohnya mengisahkan sejarah bermula Rasulullah SAW menerima wahyu pertama sehinggalah baginda wafat. Dari mana penerbit filem itu tahu begitulah sejarah hidup Rasulullah SAW? Tentunya secara lisan dan tulisan lalu diterjemah ke bentuk visual. Tujuannya, bagi menambah pemahaman tentang sirah itu sendiri. Begitulah boleh diumpakan dengan video Sajak Kematian ini.

Ketakutan sebagai anugerah Allah
Dakwaan bahawa pelajar akan menjadi takut setelah melihat video ini bagi diriku adalah benar. Bukan sahaja pelajar, aku yakin sesiapa sahaja yang melihat pasti merasa takut. Ketika perasaan itu anda rasai, ucapkanlah Alhamdulillah kerana ia adalah anugerah Allah. Takut merupakan satu perasaan yang dialami oleh semua manusia. Tidak normal jika dikatakan bahawa manusia tidak memiliki perasaan ini. Yang menjadi perbezaan ialah ke arah mana ketakutan ini disalurkan. Tercetusnya takut akan menghasilkan tindakbalas. Umpamanya apabila kita takut kepada kebakaran kita akan berhati-hati ketika menyalakan dapur gas, apabila kita takut dimarah kita akan berhati-hati dalam melakukan suatu tugasan.

Teringat ketika masih kanak-kanak aku cukup takut untuk pergi ketandas berseorangan atas alasan takutkan hantu. Semasa belajar di sebuah sekolah aliran agama di Kajang pula, aku takut kepada seorang ustaz yang mengajar Bahasa Arab kerana ketegasannya mendidik. Kali kedua aku ke kolam renang aku berasa takut kerana aku pernah hampir lemas. Senarai takut dan takut dan takut ini akan berterusan selagi mana seseorang itu hidup. Anda seorang pembohong dan egoistik jika berkata saya TAK PERNAH TAKUT!! Dasar penipu.


Pencandu hiburan televisyen juga pastinya biasanya dengan tajuk berikut :
Saka, Kekasihku seru, Puaka Nang Rapik, Pontianak Harum Sundal Malam, Waris Jari Hantu

Bagi penggemar alam mistik pula, terminologi ini pasti mengujakan mereka :
pontianak, pocong, hantu bungkus, balan-balan dan jin

Orang-orang lama atau 'otai' juga sering menggunakan ayat sebegini :
Jangan main sampai lewat maghrib nanti disorok hantu tetek (maafkan saya. saya tidak dapat mencari ayat lain bagi menggantikan perkataan ini sebab inilah yang selalu disebut kepada saya suatu ketika dahulu)

Perkara ini juga akan menjurus kepada tercetusnya perasaan takut. Cuma persoalannya wajarkah ia ditakuti?

Apa yang nak aku katakan ialah perasaan takut itu perlu dihalakan ke arah yang benar. Allah mencipta perasaan takut sebagai medium untuk manusia menjauhi laranganNya. Masakan tidak, manusia diancam dengan azab kubur yang pedih dan siksaan api neraka jika tidak solat. TIDAKKAH INI MENAKUTKAN???

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

66:6 "Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
At-Tahrem (The Banning)

Sebelum aku menyelesaikan entri kali ini, kita perhatikan ayat ini:

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللّهِ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ اللّهَ فَعَسَى أُوْلَـئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ الْمُهْتَدِينَ

9:18 Hanyalah yang memakmurkan mesjid-mesjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan salat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapa pun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.
At-Tauba (The Repentance)

Inilah sifat sebenar yang Allah mahu hasil daripada pengurniaan perasaan takut tersebut. Kesimpulan yang dapat aku buat ialah apa-apa sahaja perkara yang boleh mencetus kepada perasaan takut kepada Allah SWT adalah wajar sepertimana penayangan video Sajak Kematian.

Thursday 6 November 2008

3 November 2008


Jangan Berhenti Melangkah Di Dalam Perjalanan Menuju Cita Walaupun ia disekat Dengan Duri Dugaan.

Jangan Berputus Harap Walaupun Kadang-Kadang Diri Merasa Tertekan.

Kuatkan Azam dan Semangat Dibaja Dengan Benih Iman dan Siraman Ketaqwaan.

Moga Kalian Tabah dan Sabar Menghadapi Minggu Peperiksaan.

"Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Semester 1 sesi 2008/2009"

Friday 31 October 2008

Aku dan Makhluk Itu II

Melihat entri sebelum 'Aku dan Makhluk Itu' membuatkan aku terasa seperti budak sekolah rendah. Entah apa yang aku sampaikan melalui kisah tersebut. Dalam ayat mudah sebenarnya aku ingin menceritakan tentang PERANGAI penghuni KKTDI yang aku bahasakan sebagai 'makhluk-makhluk'.

Perasaan kecewa timbul melihat sikap mereka ketika latihan kebakaran pada malam itu. Kerjasama yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Kasihan aku melihat Pengetua KKTDI, Dr Mustafa menjerit memberi arahan. Begitu juga felo-felo dan ketua blok. Arahan untuk mengosongkan bangunan, berhimpun, berbaris dan bergerak seperti tiada makna pada mereka. INI CUMA LATIHAN, MAIN-MAIN, BUKAN TERBAKAR BETUL PUN.....

Inilah masalah masyarakat kampus pada hari ini. Tidak mengambil peduli keadaan sekitar mereka. Asalkan ianya tidak menyusahkan diri mereka maka ianya tiada kena mengena dengan mereka. Takkan dah kena baru nak kisah. "Dah terhantuk baru nak tengadah". Sikap seperti ini perlu diubah terutamanya kepada golongan mahasiswa uang boleh dianggap sebagai 'makhluk' intelektual dan dipandang tinggi oleh masyarakat sekitar.

Bercerita mengenai perangai 'makhluk' juga sudah cukup memeritkan. Melalui bilik mereka untuk ke surau atau kafeteria menggambarkan pandangan negatif kepada aku. Mana taknya. Kasut di depan bilik bersepah, menjenguk ke dalam melihat betapa tidak kondusifnya bilik tersebut dengan bauan yang pelbagai dan barang bertaburan cukup menyakitkan mata. Pemandangan tersebut sudah cukup untuk menggambarkan perangai penghuninya.
Mengapa aku tulis semua ini?? Bagi aku inilah punca kegagalan pelajar bumiputra. Ungkapan 'Rumahku Syurgaku' sangat releven sebenarnya. Kalau rumah itu ibarat syurga, maka penghuninya akan digelar ahli syurga. Perangai ahli syurga itu semestinya MAHMUDAH, POSITIF dan REAKTIF. Lawan kepada sikap ahli syurga ini ialah sikap ahli neraka yang MAZMUMAH, NEGATIF dan PASIF.

Sikap yang diamalkan dari rumah inilah yang diterjemahkan apabila terjun ke dalam masyarakat. Kalau sudah dari rumah bersikap ahli neraka maka gerak kerja dan kerja buat di medan masyarakat juga seperti itu. Pendek kata, kalau dah bilik pun malas nak kemas maka boleh disimpulkan dalam kelas juga malas nak memberi perhatian. Seterusnya malas nak mengulangkaji, malas membuat tugasan, malas datang kelas, MALAS segala-galanya. Nampak tak perkaitan dari kisah ini??


Oleh itu perubahan perlu bermula dari asas iaitu perubahan PERANGAI (baca ATTITUDE). Ingat lagi tema Ramadhan tahun ni. MASA UNTUK PERUBAHAN. UBAH PERANGAI ANDA BERMULA SAAT INI. Entri ini akan berakhir di sini tetapi PERUBAHAN tidak begitu. Aku mahu anda yang membaca entri ini berubah dan terus berubah.

Monday 20 October 2008

Aku Dan Makhluk Itu

Banyak peristiwa menarik berlaku semenjak seminggu yang lalu tanpa sempat untuk aku berkongsi.Kesesakan talian (mungkin) di Kolej Kediaman menyukarkan untuk aku melayari internet.Seharusnya catatan pengalaman ini dapat dikongsi lebih awal iaitu sehari selepas kejadian berlaku.

BAB 1 : PENGENALAN

Hari : Jumaat
Tarikh : 17 Oktober 2008
Masa : 2.30 pagi


Percubaan untuk aku membaca berita atas talian akhirnya berjaya. Aku mencuba sejak dari pukul 12 tengah malam. Tidak pasti mengapa talian internet pada malam ini begitu sukar untuk dicapai. Dari satu tajuk berita hingga ke tajuk yang lain aku sudahkan. Setelah 'khatam' bahagian berita, tangan mula menari-nari menggerakkan 'si tikus' ke sana dan ke mari. Dari satu blog ke satu blog aku lawati. Ternyata blog-blog yang menjadi kegemaran aku dikemaskini dari semasa ke semasa.Santapan minda di awal pagi yang cukup menyeronokkan.

Tiba satu ketika......
Plup!!!!!

Bekalan elektrik terputus.

komputer riba yang bergantung kepada kuasa bateri masih menyala. Kedengaran suara 'makhluk-makhluk' penghuni bersahut-sahutan. Jeritan disambut bersambung-sambung. "Pagi-pagi buta pun nak buat bising," aku mengeluh. Aku memahami perasaan mereka. Mengapa tidak, malam minggu sebegini aku yakin kebanyakan 'makhluk-makhluk' di sini masih belum tidur kerana tangan mereka masih belum penat menyepak bola. Tangan menyepak bola???? Fikirkan.

Kepanasan mula dirasa. Tingkap dikuak bagi membenarkan udara segar masuk ke ruang.
Kringggggggggggggggggg!!!!!!!!!!!!!!!!

Bunyi loceng yang aku biasa dengar. Masa sekolah dulu memang dah lali telinga mendengar. Tapi loceng di pagi hari sebegini menandakan apa?


BAB 2 : CEMAS

Keadaan yang sudah sedia tidak aman ditambah dengan jeritan ini. "Api..api.." (baca dengan intonasi dan penghayatan yang betul).

Pintu bilik diketuk dengan kuat. Aku masih rasional ketika itu. Sempat berfikir "takkan la bekalan baru terputus lepas tu bunyi loceng sekarang pula isyarat kecemsan, macam tak logik". Walaupun sudah dapat meneka apa yang sedang berlaku, aku cuba untuk menkadikan lakonan ini seperti sebenar. Sebelum aku mengejutkan rakan-rakan sebilik, aku tutup komputer riba, simpan di dalam almari, kunci almari, tukar seluar dan mengambil telefon bimbit dan kunci bilik. Tak sampai seminit pun.

"Woi bangun, kebakaran" aku menyergah rakan-rakan. Mereka terpinga-pinga kehairanan tetapi mengerti maksud yang cuba aku sampaikan. Berlari-lari kami berempat menuruni anak tangga. Kelihatannya 'makhluk-makhluk' lain juga sudah berkumpul.

bersambung.........

Wednesday 15 October 2008

Melihat kepada takwim sesi ini nampaknya waktu peperiksaan akhir sudah semakin hampir. Tinggal lebih kurang 2 minggu sahaja lagi. Kerisauan mulai timbul mengenangkan banyak lagi perkara yang masih belum selesai dalam semester ini. Barisan ujian dan projek sedang menunggu untuk disiapkan. Perkara inilah yang menjadi harapan bagi seseorang pelajar untuk 'mencuri' markah. Klau nak diharap peperiksaan akhir semata-mata memang tak mampu untuk mendapatkan markah yang baik.

Aku perlu bersedia. Bermula Khamis ini sehingga minggu hadapan aku akan menghadapi peperangan minda dan perasaan. Lihat jadual aktiviti berikut :

1)Khamis (16 Oktober 08)-ujian 2 matematik kejut. IV
2)Isnin (20 Oktober 08)-Ujian 2 Rekabentuk Struktur Keluli dan Kayu
3)Rabu (22 Oktober 08)-Ujian 2 Analisis Struktur
4)Jumaat (24 Oktober 08)-Ujian 2 Kejuruteraan Jalanraya
5)Sabtu (25 Oktober 08)-Ujian 2 Ekonomi Kejuruteraan

Ujian hanyalah sebagai satu medan untuk menguji sejauh mana seseorang pelajar itu memahami dan mampu untuk mengaplikasi teori yang telah dipelajari. Memang aku akui hakikat itu. Namun kadangkala sebanyak mana sekalipun usaha yang kita lakukan pasti terdapat halangan dan cabaran sebelum dan semasa kita menghadapi situasi tersebut.

Sekarang bukan masa untuk beralasan tetapi masa untuk berusaha. Putus asa bukanlah jawapan yang sepatutnya diberikan ketika ini. Jangan apabila keputusan dikeluarkan kelak baru nak menyesal.

Saturday 11 October 2008

What the......???

Shah Rukh Khan terima darjah Melaka bawa gelaran Datuk
Oleh Amirullah Andi Nur

MELAKA: Artis Bollywood, Shah Rukh Khan, menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, hari ini. Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Saadon Basirun, berkata penganugerahan itu sebagai menghargai sumbangan Shah Rukh Khan terhadap perkembangan pesat industri filem Hindustan di rantau ini, termasuk Malaysia. link to full news

I am quite shocked. I think it is nonsense. What Shah Rukh Khan had done for Malaysia. He is not born in Malaysia, not married with Malaysian and the worst is he can't speak or read Malaysian Language. He didn't promote Malaysia or Melaka as tourist attraction. He done nothing. STUPID!!!(sorry because I'am using this inappropriate word).

Thursday 9 October 2008

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA EID FITRI kepada semua pengunjung setia blog ini. Walaupun suasana kemeriahan raya tidak dapat dirasai dalam jangka masa yang panjang bersama keluarga namun ia sangat bermakna. Lagipun rumah terbuka masih berlangsung di mana-mana. Ada peluang untuk menziarah teman-teman sebelah selatan pulak.


Konsep Raya

Hari Raya merupakan sambutan yang dituntut oleh agama. Ia bukannya sambutan disebabkan adat atau sebab-sebab yang lain tetapi ia adalah suruhan daripada Allah SWT. Dalam bahasa Arab hari raya dipanggil sebagai EIDUL FITRI yang mana EIDULl membawa dua maksud iaitu 'berbuka' dan 'kembali'. Berbuka bererti pada hari raya tiada seorang pun yang boleh berpuasa tidak kira samada puasa qada atau pun puasa sunat. Hari raya merupakan hari untuk bergembira setelah berjaya menyudahkan puasa di bulan Ramadhan. Perkataan Kembali pula perlu digandingkan dengan perkataan Fitri yang bermaksud FITRAH. Penggabungan dua perkataan tadi akan membawa erti kembali kepada fitrah atau dalam kata lain suci daripada dosa. Dalam hadis Nabi SAW sendiri ada menyebut ;

"Setiap bayi itu lahir dalam keadaan FITRAH (suci dari dosa), ibu bapa yang mencorakkan samada ia menjadi seorang Yahudi, Majusi atau Nasrani"

Sebab itu kita digalakkan untuk bermaaf-maafan di hari raya bagi menyempurnakan maksud EIDUL FITRI tadi.


Tersalah Konsep

Jika diperhatikan di negara ini, sambutan hari raya tidak lagi membawa maksud EIDUL FITRI yang sebenar. Banyak contoh yang boleh diperhati dan diberi perhatian.

Pertama : Terdapat sebilangan individu yang berebut-rebut untuk pergi ke masjid atau surau untuk menunaikan solat sunat aidilfitri tetapi tidak berebut-rebut untuk solat subuh berjemaah pada awal paginya.

Kedua : Suasana malam raya tidak dihiasi dengan takbir untuk membesarkan Allah SWT tetapi lebih banyak didominasi oleh lagu-lagu raya dan rancangan yang tidak tepat dengan konsep EIDUL FITRI.

Ketiga : Kaedah bermaaf-maafan yang tidak kena dengan syariat. Lelaki dan perempuan bukan muhrim bersalam antara satu sama lain tanpa ada rasa bersalah. Pakaian hari raya juga tidak lagi memenuhi tuntutan syariat.


Ramadhan dilupakan

Di Malaysia hari raya di sambut selama mana bulan Syawal masih belum tamat. Itu tidak menjadi isu tetapi seolah-olah latihan yang diterima di dalam bulan Ramadhan hanya tinggal kenangan. Umat Islam disaran untuk meneruskan semangat Ramdhan dengan menunaikan puasa 6 iaitu berpuasa sunat selama enam hari di dalam bulan syawal. Yang baiknya ditunaikan secara berturut-turut tetapi tidak menjadi masalah jika tidak berturut. Begitu juga dengan solat berjemaah. Jika di bulan Ramadhan ramai yang bersolat maghrib dan isya' berjemaah + solat tarawih tetapi produktiviti di bulan Syawal mulai menurun. Suasana ini membuktikan betapa umat Islam menerima kedatangan Ramadhan sebagai bulan 'adat' untuk berpuasa.

Terdapat beberapa artikel menarik yang saya syorkan untuk para pengunjung hayati. Transformasi konsep raya daripada adat kepada ibadat perlu dilakukan. Peranan siapa lagi kalau bukan yang menulis, yang membaca dan semua umat Islam yang ada. Penghakisan nilai-nilai ibadat dalam perayaan agama akan menyebabkan umat Islam berada di dalam kerugian. Membuat sesuatu tanpa mendapat berkat dan Redha Allah SWT.



Friday 26 September 2008

All gone

26 Ramadhan 1429h (6.38pm)
I'm alone in my room right now. Omar flew to Penang since tuesday, Wan Mat Saman drove to Terengganu this morning and after Asar just now Nasir speed his new Honda NSR to Kluang. And most of the Tun Dr Ismail residents have left their room for home. I still have another 18 hours of waiting before my bus left Batu Pahat tomorrow. This evening I plan to break fast at Masjid Jamek UTHM. At least there I still can feels the Ramadahan environment...

Wednesday 24 September 2008

Aku berjaya..

Kelapangan pada petang tadi membolehkan aku untuk pergi ke Stesen Bas Batu Pahat untuk menyelesaikan masalah tiket pulang sempena raya. Sebenarnya aku telah mempunyai tiket untuk ke Seremban pada 25 sept (Khamis) yang merupakan tiket "reject" kepunyaan seorang teman. Dia menukar fikiran untuk balik ke Seremban dengan motorsikal. Kebetulan ketika itu aku malas untuk ke BP untuk mencari tiket. Tetapi aku merasakan bahawa TERLALU AWAL untuk aku pulang pada tarikh tersebut. Aku ingin menangguhkan kepulangan pada hari Sabtu, 27 Sept 2008.

AWAL???? Kalau orang lain hari Isnin lagi dah nak balik, kenapa aku nak lambat. Mesti ada antara pembaca yang tertanya-tanya. Sesungguhnya bukan aku tak nak pulang awal ke pangkuan keluarga tercinta tetapi aku tidak suka LARI DARI TANGGUNGJAWAB. Ya, ada lagi tugasan dan beberapa perkara penting yang perlu aku selesaikan sebelum pulang bercuti. Aku tidak mahu kepulangan nanti menjadi penyebab timbulnya isu berbangkit di masa akan datang. Biar TANGGUGJAWAB ini selesai sebelum aku tenang menyambut kedatangan Syawal 1429 h.

Nota : Tiket ke Seremban banyak lagi. Nasib baik tiket hari Khamis tu boleh tukar. Tambah RM 2.20 je sebagai caj tukar+servis.

Kepada rakan-rakan yang sudah mula pulang bercuti, aku doakan kalian selamat. Kalau memandu, berhati-hati di jalanraya. Jangan bawa laju-laju..

Monday 22 September 2008

When you're reading this post, I am in the middle of preparing my laboratory report. It is my habit to do my work with my windows open but tonight I can't do so. It is raining outside with strong wind blown. So cold.....


Since last Friday (19 sept) my routine become ordinary than usual. On the friday night I was called to become the 'Bilal Tarawih' at Tun Fatimah Residential College. The next day, I attend Baktisiswa Sekolah Menengah Agama Parit Raja programme for the whole day. The same night, once again my expertise as 'Bilal Tarawih' is needed this time at Masjid Jamek UTHM (maybe his is the best experience ever).

Just after the tarawih prayer, I accompanied Ustaz Aziz to Rumah Anak-Anak Yatim Kluang. He was called to conduct motivation session @ slot muhasabah there. The session is a success-what is the indicator?? I can say all of them including the fasilitator(Master students from FPT) are crying.

About 1 am I arrived at the main campus. My programme didn't finish yet. A day before I've planned with a few member to perform qiamullail at the mosque. The Ramadahan month entered the last phase. Remember the theme I set for this Ramadhan? "Bulan Untuk Berubah". As I arrived most of them were already slept. Only Bunyamin and Shafiq are working at the kitchen preparing food for sahur. I change my cloth, take wudhu, open up my sleeping bag and after reciting a few doa's........ZzZzZzZ

Ramadhan Awalnya RAHMAT, pertengahannya KEAMPUNAN dan akhirnya KELEPASAN DARI API NERAKA.

Monday 15 September 2008

Experience

Last Wednesday (10 September 08) I was shortlisted as one of the candidate to be interviewed for Skim Latihan Tenaga Pengajar Politeknik (SLTP), KPTM. Alhamdulillah, this is my second attempt applying the scholarship. Last time I was not selected.


Therefore I made some preparation the day before. This is not a playing matter. I assumed that the interview questions will be more on teaching field because it is KPTM scholarship. So that night I try to memorize all the important names that related to the teaching industry. Just ask me who is the person-Education Minister, Minister of Higher Education, Director of Jawatankuasa Pengurusan Politeknik....all are ready. Then I made some preparation on notes as the teaching aid. By the way all the candidates have to perform "micro teaching" session during the interview.


Jeng...jeng...jeng... the day of judgement. I arrived a little bit late from the actual time. To me I didn't fulfill the criteria to be a lecturer at that time. As I arrived at the 'quarantine room', other candidates are all ready. I went to the registration counter to tick my attendence. Another suprise-my name is put at the top of the list. Means that I am the first candidate for that morning session.


"MOHD FIRDAUS BIN ISMAIL, Bilik Panel B", Chris (the KPTM officer) say it loud. Actually at that moment I was tying my necktie. What happened to me at that day?? I replied the call, took my documents and certificate files and put my jacket on. Bismillah, I walk confidently to the room.


"Assalamualaikum WBT, may I come in". "Yes you may. Take a seat, rilex yourself", the panel told me. There is only one panel in the room. After she is ready with some writing on the paper, she startes to asked.


First question : Tell me about yourself.

Me : (Simple question). My name is bla..bla..bla.. I was born in bla..bla..bla..........

Second question : Can you explain about integrity.

Me : (Integrity?? I've heard about this word before) Ok, integrity is the process of integrating all races in Malaysia to be one nation:Malaysian nation.

Interviewer : Can you differentiate between integration and integrity. It bring different mean.

Me : (Oh no, I answered it wrong. After some moment of thinking..). Oh, sorry. I misunderstood your question. Actually integrity is about our personel behaviour when working or given a responsibility. Don't take bribe, fulfill the working time....

Interviewer : That is the right answer.

Me : (fuhh...)


The Q&A session going for about 45 minutes including the 'micro teaching' session. I can concluded that I perform well in the interview. All the question are answered confidently. As I arrived at the 'quarantine room', other candidates start to asked about the interview.

So now I am waiting for the result whether I got the scolarship or not. If I got the scholarship means that I've already tuning my career into teaching field. I don't mind to be in any working field. As for myself I have to prepared so that I am fitted in any condition and situation. May this blessed month of Ramadhan bring a lot of barakah to those who believed.

Thursday 4 September 2008

Syukur...

Alhamdulillah. Ramadhan dah masuk hari ke-4. Cepatnya masa berlalu. Mana tak cepat, dalam 24 jam sehari aku menggunakan 2/3 daripadanya untuk kelas, tugasan, ulangkaji dan pada sebelah malamnya untuk tarawih dan tadarus. Tapi itulah hakikatnya kedatangan bulan Ramadhan-bulan ujian dan medan mengji kesabaran. Sabar ke aku dalam menghadapi semua ni??
............................................................................................................
Cumanya aku berasa tidak senang dengan kelakuan sebahagian daripada mahasiswa/wi terutamanya yang menghuni di Kolej Kediaman Tun Dr Ismail (baca KKTDI). Bagi mereka tiada beza antara bulan Ramadhan dengan bulan-bulan yang lain. Yang berubah waktu makan-sahur sebelum pukul 5.55 pagi dan makan malam bermula 7.15 petang. Selain itu, hampeh. Tiada apa yang berubah. Takda perubahan, kami berubah la!! Kami datang solat di surau. Berjemaah pula tu. Solat tarawih pun kami buat. Lepas tarawih tadarus pula. Bagus, bagus..

Tapi kenapa masa berbuka masih berdua-duaan dengan siswi? Duduk bersebelahan pula tu. Siang banyak tidur. Penat jadi alasan. Lepas berbuka rokok menjadi antara hidangan utama yang menyelerakan. Siswi pula pakaian MasyaALLAH. Comel mengalahkan adik-adik berumur 6 tahun ke bawah dengan baju tak padan dengan saiz badan.

"Lan, maghrib hari ni pukul berapa?". "7.15 bang"pantas jawapan yang diberikan. Subuh esok? Aaa..5.50 kot. Zohor? Tak pasti la,bang.

Fenomena macam ni mesti biasa berlaku. Kenapa?TAK PERCAYA? Cuba la buat ujikaji kat rakan-rakan di sebelah. Waktu maghrib kan waktu berbuka puasa. Kalau hari biasa waktu-waktu macam ni masih berada di padang, di Parit Raja. Azan maghrib adalah azan yang paling ditunggu-tunggu. Eh, eh.. Takkan berbuka je. Azan tu maknanya waktu solat dah masuk bukan waktu berbuka sahaja. Kenapa lepas berbuka tak pergi solat berjemaah di surau. Bukan jasad rohani je perlu makanan roh pun nak makan juga. Dah lama roh tu puasa.



Sudah la. Yang berkata ni pun bukan sempurna sangat. Dalam keadaan tidak sempurna tetapi ada kesedaran untuk berubah daripada tak sedar diri tu tak sempurna dan tidak mahu berubah. Moto aku pada Ramadahan kali ini "Bulan Untuk Berubah".


Selamat Berpuasa!!

Friday 22 August 2008

Kuasa Apabila Berkuasa

Cuti selama seminggu ini begitu meletihkan. Bukan letih kerana melakukan aktiviti harian seperti kebiasaan tetapi letih menghitung waktu yang berlalu. Lambakan tugasan tidak dapat diselesaikan seperti yang dijadualkan. Inilah antara penyakit yang dihadapi oleh kebanyakan mahasiswa. Apabila perkataan MAHASISWA aku ucapkan teringat rakan-rakan seperjuangan di seluruh Malaysia.
Gelaran mahasiswa bukan satu gelaran yang biasa. Gelaran ini membawa satu makna yang besar kepada yang memahami. Seperti juga gelaran-gelaran lain; Yang Berhormat, Tuan Guru, Professor dan pelbagai lagi bentuk gelaran membawa makna dan tanggungjawab tertentu. Melayari internet pada waktu sebegini memberi peluang untuk aku melayari laman web streaming seperti kelantan tv dan tv pas. Bukan tidak mahu menonton media arus perdana, mana ada siaran informatif ketika ini. Semangat ketika ini adalah melihat berita yang khusus melibatkan mahasiswa. Jika para pembaca khususnya para mahasiswa peka, banyak perkembangan mengenai mahasiswa berlaku di seluruh negara. Saya senaraikan antaranya :
1) Pelajar UiTM Berdemostrasi Bantah Kenyataan MB Selangor
2) 3,518 Mahasiswa UIAM Bantah Pemakaian Songkok Baru Konvokesyen
3) Mobilisasi 5000 mahasiswa ke Permatang Pauh
4) Helwani GAMIS serah memorandum batal konsert Avril Lavigne
5) 500 Mahasiswa gempur Parlimen


Soalan : adakah antara rakan-rakan di sini yang peka dengan berita dia atas? Secara jujur aku sangat kagum dengan keberanian rakan-rakan mahasiswa di kampus lain. Mereka berani menyuarakan suara hati mereka terhadap isu-isu yang secara langsung melibatkan mahasiswa. Inilah idea yang cuba aku lontarkan. KUASA APABILA BERKUASA.

Golongan mahasiswa bukanlah pelajar sekolah rendah atau sekolah menengah. Kemasukan mereka ke Institusi Pengaian Tinggi Awam atau Swasta sebenarnya merupakan medan latihan bagi mengasah bakat kepimpinan mereka sebagai peneraju Malaysia akan datang. Oleh yang demikian aku sangat tidak setuju apabila suara mahasiswa disekat, peranan mahasiswa sebagai penegur pemerintah dan pemimpin politik dianggap menghasut, demostrasi mahasiswa haram malah meminta penjelasan daripada pihak berkenaan dianggap sebagai menentang. Mahasiswa perlu diasah sifat kepimpinan dalam diri mereka supaya mereka tidak jumud dan duduk dalam kepompong dunia remajanya sahaja. Mereka perlu diberi latihan untuk mengkritik, membahas, menegur serta membuat keputusan demi kebaikan kampus dan rakan-rakan mahasiswa yang sama menuntut di dalamnya.

Siapa kata mahasiswa lesu? Aku tidak melihat ini sebagai satu isu besar. Mahasiswa tidak pernah lesu tetapi media arus perdana yang melesukan aktiviti mereka. Mereka tetap bergerak kerja. Lihat pada laman web seperti Mahasiswa Kini dan GAMIS daily memotivasikan diri. Jangan kata aku pembangkang hanya kerana aku menjadikan laman web seperti ini sebagai rujukan. Media arus perdana tidak menyediakan ruangan mahasiswa sebaik mereka ini.

Mahasiswa harus terbuka mindanya. Proses membaca hanyalah sebagai proses sehala. Mahasiswa matang harus memiliki proses berhala-hala (jika perkataan ini boleh digunakan). Proses menerima, membahas, menapis, memproses dan akhirnya menghasilkn output yang diterima sebagai keputusan matang.
Apabila bergelar graduan, gelaran mahasiswa akan lucut. Pada ketika ini gelaran lain akan menggantikan mereka. Pada ketika ini kuasa mahasiswa tidak lagi boleh diguna pakai. Pada ketika ini suara mereka dianggap hanya sebagai suara rakyat yang mungkin didengar atau tidak. Malangnya hidup jika bergraduan tanpa ada kenangan manis sebagai seorang MAHASISWA.


Selamat Berkonvokesyen kepada rakan-rakan!!!

Saturday 16 August 2008

Streaming

Agak lama tak bersembang di laman maya. Kesibukan sebagai pelajar menghalang untuk selalu melayari internet. Semester ini sememangnya sibuk, seperti yang aku jangkakan. 18 jam kredit-dengan mengambil dua subjek makmal sangat meletihkan. Jika sebelum ini boleh dikatakan setiap petang aku boleh beriadah di padang, semester ini sebaliknya. Kerana terlampau penat kadangkala sehingga aku tertidur. Tak pernah sebelum ini aku tidur sebelah petang terutamnya selepas waktu asar. Lemahnya makhluk bernama manusia.
Perkhidmatan internet di kampus mengalami beberapa pembaharuan. Kini pelajar sudah boleh melayari laman web berunsur video dan televisyen. Terima kasih kepada Pusat Teknologi Maklumat. Walaupun sekadar dalam tempoh percubaan tetapi aku sangat berpuas hati. Sekurang-kurangnya aku dapat memuat turun beberapa video nasyid dari youtube dan kadangkala mendengar berita melalui UciTV.
Sebenarnya minggu ini sudah bermula cuti pertengahan semester. Dalam waktu cuti ini juga akan berlansungnya Pesta Konvokesyen ke-7. Walau hati meronta untuk pulang ke rumah, memikirkan tugasan yang bertimbun ditambah dengan ujian-ujian yang bakal ditempuhi selepas cuti menyebabkan hasrat terpaksa dibatalkan. Sedih dan gembira. Sedih tidak dapat pulang, gembira pula melihat rakan-rakan yang bakal berkonvokesyen nanti. Mana taknya ada beberapa sahabat lama akan menerima anugerah tertinggi universiti seperti Anugerah Canselor dan Anugerah Puan Sri Sapura. Melihat kejayaan mereka menjadi pemangkin untuk aku berusaha lebih gigih. Doakan kejayaan aku sahabat sekalian.....

Wednesday 30 July 2008

Buat Untung

Projek keusahawan kami sudah pun bermula. Kumpulan kami menjalankan perkhidmatan mencuci kenderaan dengan nama "Cuci-cuci services". Sabtu dan Ahad lepas merupakan hari permulaan perkhidmatan kami. Kehadiran pelanggan sangat menggalakkan. Tidak kira staff, pelajar mahupun pekerja kontrak datang ke pusat mencuci kenderaan yang kami usahakan. Penat-memang penat!! Kalau di rumah biasanya mencuci sebuah kereta pun sudah terasa penat apatah lagi mencuci 24 buah kenderaan dalam sehari. Itu belum kira motorsikal. Ada juga dalam 20 buah.

Namun pendapatan yang diperolehi menghilangkan segala kepenatan. Kalau pusat mencuci kenderaan ini diusahakan berterusan rasanya memang banyak keuntungan yang akan diperolehi tapi takkan nak abaikan pelajaran. Bagi aku ini adalah sebagai salah satu pengalaman yang boleh diadaptasi dalam kehidupan sebenar. Kalau bukan sekarang pun mungkin 2 atau 3 tahun nanti. Mana tahu ada diantara rakan-rakan akan menjadi usahawan dalam bidang ini setelah habis belajar nanti. Apa pun terima kasih dan syabas aku ucapkan kepada semua yang telah menjayakan projek ini. Rupa-rupanya seronok kerja mencuci kenderaan ni, pelbagai jenis kenderaan dapat aku "pandu uji". Nissan Frontier, Mercedes, Perdana, Waja-semua ada.

Tempoh projek ada tiga hari lagi. Gandakan usaha kita. Kalau untung besar kita akan buat majlis makan. Kalau untung kecil majlis minum je la..

Sunday 20 July 2008

Exhaustfull Weekend

Please correct me if the title of this post is wrong. Maybe in the terms of grammar or spelling. One thing that I know is true was I am exhausted. Weekdays was full with classess. I thought that this weekend I can rest my body and mind. Last weekend I can't do so because I have to attend a seminar called "Start your own business", compulsary for students who take entrepreuner and engineering economic subject.


Suddenly in the thursday economic class, the lecturer annouced about another programme, once again-COMPULSARY for us. Five days of classess + 2 straight days of seminar which called "SureHIRED-UTHM" realy test my sober. But one thing about me, I'm not the type of person that like to make early judgement. Some of my friends had made a plan to not attend this programme. In their perception-boring but for me before I made a conclusion I have to feel it first. That what happened today. To me the seminar for the first day is quite nice. The speaker was excellent. He shared his experience as a interviewer and interviewee in order to help us to improve so that the same mistake is not repeating. 3 star to him. The only thing that I could not help myself is sleepiness. In the evening session I fall asleep for maybe half an hour. Sorry man, my body have the rights too.


Just like last weekend seminar, our first impression is the seminar is a stereotype just like we attend before but then it happen reversily. The speaker was attractfull - in the term of delivering his speech. His name is Mr Syariff Van Der Berg. I really like his style of conducting the motivation slot. He made it so soulfull. That is the advantage from this kind of programme. Even if you don't like the programme itself but you accept another knowledge undirectly. Good job Mr Syariff. I borrow some of your skills...


Pic 1 : Mr Syariff showed his ability to compete with the participant. As he said you can do what you want to do, your effort make them difference.

Friday 18 July 2008

Suara...

Alhamdulillah, dah boleh bersuara. Dua tiga hari yang lepas aku mengalami batuk yang teruk sehingga suara menjadi serak basah. Selama itulah aku menjadi pendiam di dalam kelas. Rakan sekelas menjadi pelik kerana kebiasaannya aku adalah antara pelajar yang banyak bercakap dan bertanya soalan. Sekali-sekala mendiamkan diri seronok juga. Maka ramai yang datang menegur dan bertanya khabar. Tidak kurang yang memberi simpati (biasanya perempuan-aku tak minta pun).
Setiap perkara yang terjadi setiap hari ada pengajaran di sebaliknya. Dalam keadaan ini aku sekurang-kurangnya dapat merasa perasaan menjadi seorang yang bisu. Mana taknya, semasa aku ingin membeli modul untuk subjek matematik IV, aku seperti orang bisu sepenuhnya. Ketuk pintu pensyarah, memberi salam hanya dengan isyarat menganggukkan kepala, apabila ditanya tujuan datang aku hanya menunjuk ke arah modul yang kebetulan berada di atas meja. Isyarat dua menggunakan jari aku tunjukkan kepada pensyarah tersebut sebagai tanda aku ingin membeli dua buah modul. Selepas membayar aku sekali lagi menganggukkan kepala serta senyum. Nasib baik sepanjang proses itu pensyarah tersebut tidak bertanya apa-apa kepadaku. Kalau tidak susah juga untuk aku jelaskan.
Rupa-rupanya besar peranan suara dalam kehidupan seharian. Kadangkala manusia tidak tahu untuk bersyukur dengan nikmat tersebut. Mulut diguna untuk menabur fitnah, mengumpat, membohong, mngutuk atau berkata perkataan kesat. Mengapa tidak suara ini digunakan untuk menyebarkan salam, memuji dan berzikir atau berkata sesuatu yang boleh mendamaikan jiwa. Manusia memang pelupa. Lupa kepada pencipta, lupa tujuan mereka hidup di dunia, lupa peranan, lupa diri dan lupa segala-galanya. Sudahlah manusia. Kembalilah kepada fitrah asalmu.

Friday 4 July 2008

Apabila kezaliman menjadi kelaziman

Pagi ni semua mahasiswa/i baru menduduki ujian penempatan Bahasa Inggeris (placement test). Aku yang tidak terlibat untuk menjaga peperiksaan memulakan pagi dengan melayari laman berita maya. Berita yang sedang hangat sekarang ini pastinya berkisar tentang kisah Timbalan Perdana Menteri, Bekas Timbalan Perdana Menteri dan entah budak mana yang seusia denganku yang tiba-tiba menjadi terkenal akibat pengakuan yang diragui kesahihannya. Ini aku tak nak komen. Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah tetapi siapa yang nak mengaku salah??

Aku tak minat dengan isu tersebut. Kemudian aku melayari pula laman berita maya yang lain. Satu tajuk berita menarik perhatianku. "Anak tahanan ISA meninggal dunia ketika kelibat ayah belum kelihatan". Pantas tajuk tersebut aku capai. Butir demi butir perkataan aku baca. ZALIMMMMM.... Rumusan akhir yang dapat aku buat.

Mengikut laporan tersebut, ayah mangsa iaitu Shahrial Sirin tidak tiba di hospital seperti yang dijangkakan. Beliau telah mendapat kebenaran Menteri yang sepatutnya untuk dibawa keluar bagi tujuan tersebut namun sehingga saat ini tiada siapa yang mengetahui di mana beliau berada.

Manakah hilangnya nilai peri kemanusiaan manusia akhir zaman. Tidak cukup dengan melakukan tahanan tanpa bicara selama tujuh tahun terhadap Shahrial, di saat beliau ingin melawat anaknya pun tidak diketemukan. Aku tidak dapat menerima perbuatan seperti ini lebih-lebih lagi dilakukan di dalam negara 'Islam' dan demokratik yang aku cintai. Mungkin ada yang beranggapan bahawa ini kes terpencil tetapi bagi ahli keluarga yang terlibat ini adalah perkara yang serius. Di mana agaknya mereka letakkan perasaan kasih-sayang yang Allah kurniakan.


Tanpa sedar air mata menitis. Walaupun aku seorang lelaki, aku tetap diciptakan sebagai seorang insan yang mempunyai perasaan belas ihsan. Apa ertinya kehidupan aman yang aku nikmati sekiranya dalam sempadan negara yang sama masih ada yang teraniaya. Moga Allah memberi hidayah kepada mereka semua. AMIN.

Gambar Konsert





Some other pictures can be viewed at my friendster account.

Sunday 29 June 2008

KOnsert Amal


Hati puas....
Semalam aku dapat bertemu dan bertegur sapa dengan 'Ustaz Rock'-Akill Hayy. Konsert amal yang menggabungkan Akill Hayy, kumpulan Hijjaz dan dikir barat Merpati Putih mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga Bandar Baru Bangi. Sudah lama aku merindui konsert sebegini.


Nak post gambar lebih tak boleh lagi. Insyaalah tunggu dalam satu dua hari ni.

Monday 23 June 2008

Aku berada di kampus dua minggu lebih awal daripada penamat cuti semester. "Buat apa balik awal?", tanya seorang rakanku. "Pembantu Minggu Haluan Siswa", jawabku ringkas. "Rajin la kau buat kerja kemasyarakatan", pintasnya. "Cari pengalaman".......

Aku memang suka buat kerja-kerja sebegini. Semacam ada satu tarikan luarbiasa yang mendorong untuk melibatkan diri dalam kerja tersebut. Suka melihat gelagat manusia yang pelbagai. Selain itu ia menjadi medan latihan untuk menguji pelbagai kemahiran yang tidak mungkin dapat diperolehi di bilik kuliah. Jika ada pun maka pengalaman ini akan mengasah seterusnya memantapkan lagi kemahiran tersebut.

Mana taknya, pada hari pendaftaran kita sudah diuji dengan kerenah pelajar yang pelbagai. Datang sewal pagi untuk mengelakkan kesesakan, lupa membawa dokumen masuk ke dewan pendaftaran, mengusung beg besar keluar masuk kerete dan pelbagai lagi. Itu belum dikira karenah ibubapa yang marah-marah akibat ketiadaan tempat meletak kenderaan, maklumat yang tersilap dan bilik anak mereka yang tinggi di tingkat tiga. Kalau tak sabar, boleh teruji juga diri dan peribadi. Teringat semasa aku masuk mendaftar dulu.


Esok (29 Jun 08) akan mencatatkan sejarah dalam hidup sebahagian daripada kita yang berjaya menjejakkan kaki ke universiti. Separuh daripada impian keluarga sudah dipenuhi. Ada banyak lagi perkara yang perlu dilakukan.
Kepada rakan-rakan yang berjaya mendaftarkan diri sebagai pelajar UTHM, syabas diucapkan. Selamat berkenalan, Insyaallah aku akan memberikan pertolongan jika kalian ada masalah.

Saturday 31 May 2008

Dah hujung bulan

Begitu pantas masa berlalu. Hari ni dah 31 Mei 2008 dan esok dah masuk bulan baru dalam tahun 2008. Apa agaknya aktiviti waktu cuti kawan-kawan?? Keputusan peperiksaan pun belum diumumkan.

Bandar Baru Bangi tempat yang indah. Waktu cuti memberi kesempatan untuk saya berkunjung ke majlis ilmu terutamanya di Surau An-Nur dan Surau As-Sobah. Sekurang-kurangnya dapat menimba mutiara-mutiara ilmu yang dapat dijadikan modal untuk disampaikan semasa semester baru bermula.

Yang paling istimewa pada malam kelmarin saya berpeluang untuk bertemu dengan 'ustaz online' yag popular iaitu Ustaz Hasrizal Abdul Jamil @ Saiful Islam. Ini adalah pertama kali saya dapat bertemu secara bersemuka dan mendengar kuliah beliau setelah sekian lama hanya membaca buah fikiran melalui laman web.klik sini


Alhamdulillah beliau membawa bersama buku terbaru karangan beliau iaitu Aku Terima Nikahnya. Buku tersebut amat sukar untuk diperolehi di kedai buku. Menurut Saiful Islam buku tersebut masih belum diedarkan kerana kekurangan stok dan buku yang berada di tangan saya sudah memasuki cetakan yang kedua. Kesempatan membeli buku dan berjumpa dengan pengarangnya membolehkan saya untuk mendapatkan tandangan. Bukan apa sekadar tanda ingatan bahawa ianya satu pertemuan akibat minat yang sama - ILMU.

Monday 12 May 2008

Poems

I still remember some of the sentence in this poem. If I not mistaken, I won third place during the English week by reciting this poem. This poem motivates me at that time. I share it with you guys. Check the Poem and Short Stories book that used by the form 5 students.


THE ROAD NOT TAKEN by Robert Frost

Two roads diverged in a yellow wood, And sorry I could not travel both

And be one traveler, long I stood And looked down one as far as I could

To where it bent in the undergrowth; Then took the other, as just as fair,

And having perhaps the better claim, Because it was grassy and wanted wear;

Though as for that the passing there Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay In leaves no step had trodden black.

Oh, I kept the first for another day! Yet knowing how way leads on to way,

I doubted if I should ever come back. I shall be telling this with a sigh

Somewhere ages and ages hence: Two roads diverged in a wood, and I-

I took the one less traveled by, And that has made all the difference

Done...

The experience for the past three days really teach me something. It is not easy task to be a fasilitator. Remember my previous post?-It's not easy to motivate others.

Me and my friend, Ashraf was given the responsibility to fasilitate group 27 which formed by eight form three students (6 girls and 2 boys) from SMK Tun Hussein Onn, Kluang. My first expectation was so high because I thought that secondary school students are easier to handle than the little kids. But then it was the other way around. To gain their confidence towards the fasilitator was very challenging. The interaction seems like you're doing business with machine. A question reply by a word. Fullstop!!!

Second day was better. The students starting to give positive respond. I'm questioning them regarding their personal problems plus about their study. From the feedback I've shared my experince throughout my school years. I saw some progress in them. The sharing process was successful (I think).

This programme also made me realise that I've to learn more to be excellent fasilitator. I observed that other fasilitator are more creative and have extra credit in controlling the students. Hope that this experienced can broad my knowledge in motivating peoples.

To all the students - Saiful, Soon, Tan, Nurain, Umaimah, Sayfiqa, Nursayfiqa and Nuraishah. Siapa kami?

Friday 9 May 2008

Baktisiswa 08

It's in the mid semester holiday mood but I'm still in UTHM. Starting from today untill 11 May 2008, I will be one of the manpower of 'Baktisiswa Akademik' held in the campus. This programme's objective is to motivate school student's to improve their academic skills. Four schools will take part which are SK Tengku Mahmod 1, SK Sg Tongkang, SM Tun Hussein Onn and SM Sains Johor.

It is not easy to motivate peoples. We have to motivate ourself first.

Tuesday 29 April 2008

One paper left

I cannot perform well for yasterday paper. This semester seems that something is not right. For the past 5 papers, only 2 papers that I confidence to score. Last paper will be on Friday, 2 May 08. But I believe in Allah's will. Sometimes thing that you not expected can be happened. It depend on your relationship with Allah itself.

Next semester will be more challenging (18 credit hours).
Allahu Rabbi, I leave it all to you......

Friday 25 April 2008

Awal pagi

Selepas solat subuh pagi ini, aku termenung sebentar. Entah apa yang dimenungkan. Yang pastinya berkisar tentang minggu peperiksaan yang sedang aku harugi. Mengikut perkiraan, aku menjangkakan keputusan yang bakal diperolehi jauh dari sasaran awal. Banyak perkara yang menyebabkan ini terjadi. Sempat juga ungkapan berikut singgah di kotak fikiranku :
"alangkah baiknya jika dapat pergi ke masa lalu dan betulkan kesilapan yang dilakukan".
Boleh ke??? Tak mungkin. Hidup harus realistik. Apa kata kalau aku berfikir sebegini :
"alangkah baiknya jika masa yang akan datang aku dapat melakukan yang terbaik supaya ia menjadi masa lalu yang indah".
Masa yang telah berlalu tak dapat diundur kembali. Yang lepas telah menjadi sejarah. Sambil meneguk nescafe panas dan mendengar lagu Aku ingin pulang nyayian Ebiet G.Ade, aku cuba mengutip kembali semangat lama yang pernah aku cipta. Wajah abah, ibu dan orang-orang kesayangan terbayang silih berganti. Insyaallah harapan mereka tidak akan aku hampakan.
7.15 pagi, Jumaat, 18 Rabiulakhir 1429h

Selepas mengharungi empat kertas peperiksaan akhir, peperiksaan statistik kejuruteraan semalam adalah yang paling memeritkan. Akhirnya dapat juga aku merasa bagaimana yang dikatakan 'hilang ingatan' ketika peperiksaan. Jika selama ini aku hanya mendengar pengalaman rakan-rakan tetapi pada hari tersebut aku dapat merasainya sendiri. Siapa tahu,walaupun kita sudah cuba sedaya-upaya tetapi keputusan akhirnya bukan kita yang tentukan. Teruskan berjuang, hidup belum berakhir, masa depan belum tentu malap hanya kerana sebab tersebut. Hidup hanya bagi mereka yang tabah dan sabar. Hanya masa akan menentukan........

Usaha (dah) + doa (dah) + tawakal (dah) = kejayaan (belum tentu)
Ujian tuhan datang dalam pelbagai bentuk dan keadaan yang tidak kita jangkakan.

Tuesday 15 April 2008

Changing the perspective

How do you like my new blog templates?Nice isn'it?
Therefore I have to make some configuration as the previous elements have been deleted. I need some time to do all again. By the way keep on visiting my blog and don't forget to leave some comments.

Sunday 13 April 2008

Final exam is just around the corner

Time flew very fast, did you guys realise that next week we will facing the final examinaton for this semester. Feel like just registered yasterday. Anyway for this semester I hope that I can maintain good pointer or better if I can increase it. Actualy it depend on the effort that you give. The more you give, the more you get. To all my friends I wish you all good luck.

Wednesday 9 April 2008

Women as explained by engineers

Again from isuhangat.blogspot

Funny but at the same time make sense.
More pictures : http://www.blalang.com/pictures/?p=186

Saturday 5 April 2008

Dengan izin

Oleh kerana secara rasminya subjek Technical Writing telah berakhir, saya akan mula menulis blog ini dalam kedua-dua bahasa, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Ini bagi membolehkan saya untuk mengasah bakat dan mempertajamkan lagi penggunaan kedua-dua bahasa sebagai bahasa bahasa penulisan. Dengan izin ye, En Azmi Bin Abdul Latif.

Thursday 3 April 2008

and the winner is...

Today marked the end of our Technical Writing course. As Mr AAL promise, the winner of the best blog is announced. The winner : Diana. Congratulations!! Me myself really surprised when the class are told that she managed to post about 100++ posting for the past 3-4 months. Quite a lot. Really use her freetime to write.

Personally I feel very proud even "Garden of paradise" did not win. Mr AAL statement that my blog is one of the best is enough. He admit the originality of my writing, the best sentence that I heard for this day.

I like to write, express my feeling and at the same time made people think. Writing plays important role to influence people. Good writing come from knowledge that been train by reading. As I mentioned before I enjoy reading Faisal Tehrani's books. Maybe some of his writing skills are copied by me in order to train myself to be a good writer.

At this moment, I'm reading his novel, 1511H(Kombat) which won the Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003.(Kekasih Sam Po Bo and Bila Tuhan Berbicara still in the wrap). Still left another four chapter till the end.

Tuesday 1 April 2008

Manifesto

After the presentation on 30 March at Pusat Ilmu, Mr Azmi said that on this Thursday he will announce the winner of the best blog. I wonder who will win it and at the same time I'm wondering what will I do with the money if I win?


RM 50....Hmmmm, quite a lot.
The best thing that came to my mind is to spend the money by buying something that can be shared by the whole class. Ice-cream@sweets@breakfast. Simple calculation-31 students + Mr AAL = 32. RM50/32=RM1.60. So everyone will get something that worth about RM1.60. What do you think Mr AAL? This is my promise IF you give me the money.
But most important, friendship can't be bought. It is priceless.

Saturday 22 March 2008

Ahhh......

For quite some time I'm not writing. Assignments, examination and university prorammes made me busy. That's how student's life should be. Have you ever heard about the name Faisal Tehrani? Who bother to know. He is not a politician, not an actor nor an athlete. But he is one of my favourite author in novel and short stories genres. He have wrote many novels and win a lot of awards locally and internationally. His writings is not focusing on some issues like other writers. People may think about love stories when we say about Ahadiat Akasha or Ramlee Awang Mursyid-thriller genres. Faisal Tehrani has some virtual and forward thinking when he write. He also managed to recreate current issues that happened around us into a nice stories.


His latest book that I bought was 'Kekasih Sam Po Bo' which is a collection of thirty Faisal Tehrani's short stories (cerpen) and another one is 'Bila Tuhan Berbicara'. Clear idea, nice plots and some jokes really freshen your mind. It made you think, not only read. So I suggest for those who want to improve their language, these books are great references. I do enjoy reading them.

Wednesday 27 February 2008

How to fail exam

One of my favourite blogspot is the isuhangat blogspot. It combines all types of articles ; jokes, advices, current news, critics and other. This time I found some funny pictures that I'm sure can made you laugh. Hope this thing not happened to 3 BFC students, if so they must have seen this.


Sunday 24 February 2008

Fantastic weekend

This weekend is so special. I was asked by harun (acting team manager) to represent his futsal team, Wembley A We are playing the Piala Pengetua Tun Syed Nasir tournament. My position? The position most of us hate to be : the goalkeeper.....
At the group stage, we managed to win one game and lost one but that is enough to bring us to the round of 16. But then we are disapointed by the Fifa Manager Team by 2 -1. Who do you think to be blame for the loses. Me? No.. Actually nobody. All the member played very hard but luck was not at our side.

Like old people say : bola itu bulat.

Thursday 21 February 2008

Shocking News

Malaysia Robot Manufacturer
by Mat Wayar 2008-02-20 11:05:41


KUALA LUMPUR, 20 Feb (MtR)-A group of mechanical scientist make Malaysia proud as they managed to invent a group of robot by using our own vehicle which is the Proton and Perodua. This robot can operated themselvs without control by anybody.

In the launching ceremony at one of the famous hotel here, the lead researcher said that this robots will be the powerfull armour if this country is attacked by enemy. "They will lead the army at the frontlines" he added. The cost involved to build all the autobot so called team are up 400 million.

"Citizen of Malaysia should be proud with this invention. This shown that Malaysian people have the first class mentality. Nothing is imposible to Malaysian now", PM said.

See more picture at : http://www.blalang.com/pictures/?p=76

Sunday 17 February 2008

Sabar jelah..

Arghh......
Like usual, my test yasterday didn't going well as I imagine. Eventhough all the lecture notes I have been gone through but then all the important point are erased from my memory. After a moment of depression I think that is normal, this will be the part of the memory as an university student.

Monday 4 February 2008

Meaningful Song...

LAST BREATH
Courtesy of Bukhatir.org


From those around I hear a Cry,
A muffled sob, a Hopeless sigh,
I hear their footsteps leaving slow,
And then I know my soul must Fly!

A chilly wind begins to blow,
Within my soul, from Head to Toe,
And then, Last Breath escapes my lips,
It's Time to leave. And I must Go!

So, it is True (But it's too Late)
They said: Each soul has its Given Date,
When it must leave its body's core,
And meet with its Eternal Fate.


Oh mark the words that I do say,
Who knows? Tomorrow could be your Day,
At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now, Do NOT delay!
Come on my brothers let us pray
Decide which now, Do NOT delay!


Oh God! Oh God! I cannot see!
My eyes are Blind! Am I still Me
Or has my soul been led astray,
And forced to pay a Priceless Fee

Alas to Dust we all return,
Some shall rejoice, while others burn,

If only I knew that before
The line grew short, and came my Turn!


And now, as beneath the sod
They lay me (with my record flawed),
They cry, not knowing I cry worse,
For, they go home, I face my God!

Oh mark the words that I do say,
Who knows, Tomorrow could be your Day,
At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now, Do NOT delay !
Come on my brothers let's pray
Decide which now, do not delay ....


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com

Tazkirah : Al-Alaq (The Clot)


اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ

96:1 Proclaim! (or read!) in the name of thy Lord and Cherisher, Who created-

خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَق

96:2 Created man, out of a (mere) clot of congealed blood:

اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ

96:3 Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful,-

الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ

96:4 He Who taught (the use of) the pen,-

عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

96:5 Taught man that which he knew not.