Agak lama tak bersembang di laman maya. Kesibukan sebagai pelajar menghalang untuk selalu melayari internet. Semester ini sememangnya sibuk, seperti yang aku jangkakan. 18 jam kredit-dengan mengambil dua subjek makmal sangat meletihkan. Jika sebelum ini boleh dikatakan setiap petang aku boleh beriadah di padang, semester ini sebaliknya. Kerana terlampau penat kadangkala sehingga aku tertidur. Tak pernah sebelum ini aku tidur sebelah petang terutamnya selepas waktu asar. Lemahnya makhluk bernama manusia.
Perkhidmatan internet di kampus mengalami beberapa pembaharuan. Kini pelajar sudah boleh melayari laman web berunsur video dan televisyen. Terima kasih kepada Pusat Teknologi Maklumat. Walaupun sekadar dalam tempoh percubaan tetapi aku sangat berpuas hati. Sekurang-kurangnya aku dapat memuat turun beberapa video nasyid dari youtube dan kadangkala mendengar berita melalui UciTV.
Sebenarnya minggu ini sudah bermula cuti pertengahan semester. Dalam waktu cuti ini juga akan berlansungnya Pesta Konvokesyen ke-7. Walau hati meronta untuk pulang ke rumah, memikirkan tugasan yang bertimbun ditambah dengan ujian-ujian yang bakal ditempuhi selepas cuti menyebabkan hasrat terpaksa dibatalkan. Sedih dan gembira. Sedih tidak dapat pulang, gembira pula melihat rakan-rakan yang bakal berkonvokesyen nanti. Mana taknya ada beberapa sahabat lama akan menerima anugerah tertinggi universiti seperti Anugerah Canselor dan Anugerah Puan Sri Sapura. Melihat kejayaan mereka menjadi pemangkin untuk aku berusaha lebih gigih. Doakan kejayaan aku sahabat sekalian.....
No comments:
Post a Comment