Ia datang lagi

Ia datang lagi

jom hebohkan

Monday, 9 February 2009

Rumahku Syurgaku

Baru-baru ini aku berkesempatan bersama dengan sahabat-sahabat ke majlis perkahwinan Abang Karyah Ezwan bersama pasangannya Kak Normala. Majlis telah diadakan di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Melaka. Alhamdulillah kami dipermudahkan untuk ke tempat tersebut. Ramai juga sahabat-sahabat dari kampus lain turut hadir.
Kahwin? Bila sebut pasal kahwin senyuman naik sampai ke telinga. Baik lelaki ataupun yang perempuan. "Salmah, rombongan Saiful datang nak meminang kau. Kau setuju?", tanya si ayah. Tanpa membalas pertanyaan, Salmah pun mulakan adegan senyum sini, senyum sana. Tengok atas, tengok bawah. "Orang perempuan kalau diam tu tandanya setuju la tu pakcik", ujar wakil rombongan pihak lelaki. Adegan biasa yang puas kita tonton di kaca TV.


Kahwin = tanggungjawab
Sebelum kahwin semuanya indah. Masa bercinta tiada yang cacat cela. Semua sempurna. Tiada yang salah semuanya betul.

Kalau ayang adalah bulan, abang adalah bintangnya.
kalau ayang adalah bunga, abang adalah kumbangnya.
kalau ayang adalah padi, abang adalah pagarnya.

"Gunung yang tinggi sangup ku daki, lautan api sanggup ku harungi demi cintaku padamu Azizah"

Bagi yang belum berkahwin, mendengar ungkapan seperti di atas membuat diri teruja untuk segera menamatkan zaman bujang. Dah tak boleh nak bersabar. Kalau boleh esok kursus kahwin lusa juga nak nikah. SERONOKNYA dapat kahwin. Ada teman bergurau senda, ada teman penghibur duka lara. Ye ke seronok?

Lepas kahwin kena tanggung makan minum isteri. Eh,eh.. ahli keluarga isteri pun sama. Ayah dan emak dia - adik beradik dia + ayah emak kita - adik beradik kita pun ada hak untuk menuntut nafkah dari kita. Takkan kahwin dengan anak dia sahaja seluruh keluarga kena ambil juga.

Lepas kahwin insyaallah dikurniakan cahaya mata. Susu anak, pakaian, buaian, lampin pakai buang siapa nak beli? Kalau anak nangis tengah malam biar macam tu je? Anak demam panas tak bawa ke klinik ke? Baru nak rehat lepas balik kerja, anak buang air pula, siapa nak basuh?

Persoalan ini ditujukan bukan hanya kepada sebelah pihak tetapi kedua-duanya. Diakui selalunya dalam sesebuah rumahtangga telah berlaku pembahagian tugas antara suami dan isteri yang entah siapa mengatur. Tetapi perkara itu tidaklah termaktub di dalam mana-mana kitab atau perlembagaan. Akan wujud suatu keadaan di mana suatu ketika suami juga perlu memandikan anak, menukar lampin atau melayan tangisan mereka di tengah malam. Juga si isteri perlu mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk membantu suami mengurus kehidupan. SERONOK lagi ke ketika itu?

Muda-mudi ketika ini tersalah bayangan tentang cinta dan kehidupan rumahtangga. Bagi mereka cinta dan rumahtangga itu semuanya indah tanpa meyedari akan tiba satu keadaan bila mana keseronokan alam cinta dan rumahtangga itu tidak menepati bayangan mereka, ia mula menjadi bosan dan tidak seronok. Bermula dari situlah akan timbul masalah yang jika tidak bijak ditangani boleh membawa kepada perpecahan institusi kekeluargaan.



“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir” [al-Rum 30: 21]

2 comments:

Peyruz said...

slm..
bgmn pula dgn psgn yg dh bkhwen ms study lg.ramai yg bjy dgn cmerlang,hikmah perkhwinan,psg sbg motivasi.
apa plak pndpt tntg pkhwinan jarak jauh (PJJ).kwen tp jrg bersama,x tinggal bsm. terpisah dek t/wab yg lbh utama umpama bljr g,tmpt berasingan...????

M.Firdaus said...

Mereka berkahwin atas dasar kefahaman dan sudah memahami tanggungjawab atas tindakan mereka bukan sekadar mencari keseronokan bersifat angan-angan.Yang banyak kita lihat ialah muda-mudi yang bermain cinta @ 'couple' kononnya untuk mencari keserasian sebelum berkahwin.Golongan sebeginilah yang penulis cuba nak sedarkan.


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com

Tazkirah : Al-Alaq (The Clot)


اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ

96:1 Proclaim! (or read!) in the name of thy Lord and Cherisher, Who created-

خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَق

96:2 Created man, out of a (mere) clot of congealed blood:

اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ

96:3 Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful,-

الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ

96:4 He Who taught (the use of) the pen,-

عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

96:5 Taught man that which he knew not.