Ia datang lagi

Ia datang lagi

jom hebohkan

Thursday, 9 October 2008

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA EID FITRI kepada semua pengunjung setia blog ini. Walaupun suasana kemeriahan raya tidak dapat dirasai dalam jangka masa yang panjang bersama keluarga namun ia sangat bermakna. Lagipun rumah terbuka masih berlangsung di mana-mana. Ada peluang untuk menziarah teman-teman sebelah selatan pulak.


Konsep Raya

Hari Raya merupakan sambutan yang dituntut oleh agama. Ia bukannya sambutan disebabkan adat atau sebab-sebab yang lain tetapi ia adalah suruhan daripada Allah SWT. Dalam bahasa Arab hari raya dipanggil sebagai EIDUL FITRI yang mana EIDULl membawa dua maksud iaitu 'berbuka' dan 'kembali'. Berbuka bererti pada hari raya tiada seorang pun yang boleh berpuasa tidak kira samada puasa qada atau pun puasa sunat. Hari raya merupakan hari untuk bergembira setelah berjaya menyudahkan puasa di bulan Ramadhan. Perkataan Kembali pula perlu digandingkan dengan perkataan Fitri yang bermaksud FITRAH. Penggabungan dua perkataan tadi akan membawa erti kembali kepada fitrah atau dalam kata lain suci daripada dosa. Dalam hadis Nabi SAW sendiri ada menyebut ;

"Setiap bayi itu lahir dalam keadaan FITRAH (suci dari dosa), ibu bapa yang mencorakkan samada ia menjadi seorang Yahudi, Majusi atau Nasrani"

Sebab itu kita digalakkan untuk bermaaf-maafan di hari raya bagi menyempurnakan maksud EIDUL FITRI tadi.


Tersalah Konsep

Jika diperhatikan di negara ini, sambutan hari raya tidak lagi membawa maksud EIDUL FITRI yang sebenar. Banyak contoh yang boleh diperhati dan diberi perhatian.

Pertama : Terdapat sebilangan individu yang berebut-rebut untuk pergi ke masjid atau surau untuk menunaikan solat sunat aidilfitri tetapi tidak berebut-rebut untuk solat subuh berjemaah pada awal paginya.

Kedua : Suasana malam raya tidak dihiasi dengan takbir untuk membesarkan Allah SWT tetapi lebih banyak didominasi oleh lagu-lagu raya dan rancangan yang tidak tepat dengan konsep EIDUL FITRI.

Ketiga : Kaedah bermaaf-maafan yang tidak kena dengan syariat. Lelaki dan perempuan bukan muhrim bersalam antara satu sama lain tanpa ada rasa bersalah. Pakaian hari raya juga tidak lagi memenuhi tuntutan syariat.


Ramadhan dilupakan

Di Malaysia hari raya di sambut selama mana bulan Syawal masih belum tamat. Itu tidak menjadi isu tetapi seolah-olah latihan yang diterima di dalam bulan Ramadhan hanya tinggal kenangan. Umat Islam disaran untuk meneruskan semangat Ramdhan dengan menunaikan puasa 6 iaitu berpuasa sunat selama enam hari di dalam bulan syawal. Yang baiknya ditunaikan secara berturut-turut tetapi tidak menjadi masalah jika tidak berturut. Begitu juga dengan solat berjemaah. Jika di bulan Ramadhan ramai yang bersolat maghrib dan isya' berjemaah + solat tarawih tetapi produktiviti di bulan Syawal mulai menurun. Suasana ini membuktikan betapa umat Islam menerima kedatangan Ramadhan sebagai bulan 'adat' untuk berpuasa.

Terdapat beberapa artikel menarik yang saya syorkan untuk para pengunjung hayati. Transformasi konsep raya daripada adat kepada ibadat perlu dilakukan. Peranan siapa lagi kalau bukan yang menulis, yang membaca dan semua umat Islam yang ada. Penghakisan nilai-nilai ibadat dalam perayaan agama akan menyebabkan umat Islam berada di dalam kerugian. Membuat sesuatu tanpa mendapat berkat dan Redha Allah SWT.



1 comment:

firjani said...

yeas. paling setuju dengan tersalah konsep; suasana raya didominasi oleh rancangan yang tidak tepat dengan konsep EIDUL FITRI.
mcm media(tv), ade ke pi siar filem REMP-IT masa raya pertama?! ey x seswai sungguh. cis! meraikan 'pembebasan' syaitan agaknya!


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com

Tazkirah : Al-Alaq (The Clot)


اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ

96:1 Proclaim! (or read!) in the name of thy Lord and Cherisher, Who created-

خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَق

96:2 Created man, out of a (mere) clot of congealed blood:

اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ

96:3 Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful,-

الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ

96:4 He Who taught (the use of) the pen,-

عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

96:5 Taught man that which he knew not.