Ia datang lagi

Ia datang lagi

jom hebohkan

Wednesday 22 July 2009

Lagu = Dakwah??

Kuliah dah masuk minggu ketiga. Projek Sarjana Muda setakat hari ini berjalan dengan lancar. Perkembangan yang cukup menggembirakan. Esok aku boleh mula membuat campuran asfalt di makmal. Kuliah bagi tiga subjek semester ini juga baik walaupun ketiga-tiga pensyarah terdiri daripada mereka yang bertaraf Dr dan Profesor Madya. Di permulaan dulu memang ada sedikit gemuruh. Mana tak gemuruh, kelas kami hanya terdiri daripada 6 orang pelajar termasuk aku. Kalau pensyarah bertanya soalan memang dah tak boleh nak sembunyi. Tambahan pula pensyarah kali ini boleh kami kategorikan sebagai 'pakar' dalam bidang masing-masing. Maka jawapan mesti tepat. Tak boleh nak jawab sembarangan. Namun semua itu berubah sedikit demi sedikit. Kami mula menyesuaikan diri.

Walaupun beban subjek semester ini hanyalah 3 ditambah dengan projek, semua subjek ini memerlukan kami untuk mengatur lawatan ke tapak. Yang pertama ke Loji Rawatan Air Mentah. Yang kedua ke Loji Rawatan Air Sisa dan tidak ketinggalan ke Pusat Pelupusan Sisa Pepejal. Kami berharap dapat menyelesaikan kesemua lawatan ini sebelum bermulanya puasa. Harap rancangan kami ini dipermudahkan.

Sebenarnya kali ni aku nak berkongsi sedikit mengenai satu klip video yang aku rasakan sangat menyentuh jiwa. Teringat ketika mula menjejakkan kaki ke IPT ini. Aku mendaftar untuk mengikuti subjek Kreativiti dan Inovasi. Salah satu tugasan subjek ini ialah mengulas tentang satu video yang dirasakan cukup kreatif. Aku perlu mengulas aspek manakah yang aku rasakan kreatif dari sudut pandang sebagai seorang penonton. Atau dalam kata lainnya apakah keunikan video tersebut sehingga aku memilih untuk mengulas mengenainya. Bagi tugasan ini aku telah memilih video Hasbi Rabbi nyanyian Sami Yusof. Aku rasakan ianya kreatif atas beberapa sebab antaranya :



1) Lagu tersebut dinyanyikan dalam empat bahasa-
Inggeris, Turki, Arab dan Urdu.
2) Latar belakang video berubah mengikut bahasa yang dinyanyikan.
3) Muzik diolah dengan memasukkan elemen empat negara tersebut.

Hasilnya aku mendapat gred A bagi subjek ini. Hari ini Sami Yusuf sekali lagi membuatkan aku teringat tentang peristiwa tersebut. Mungkin video yang bakal dipaparkan ini sudah lama diterbitkan tetapi aku baru menikmatinya. Bukan sahaja dengan alunan suara yang sedap, video ini berjaya menyentuh emosi kerana seolah-olah ia menunjukkan kesatuan umat Islam di serata dunia. Mereka bersama-sama menyebut 99 Nama Allah dalam bahasa asal iaitu bahasa Arab. Walaupun terdapat banyak versi Asmaul Husna ketika ini tetapi menikmati hasil tangan Sami Yusuf memang ada kelainan.



Mungkin anda bukan peminat nasyid tetapi percayalah-luangkan masa anda untuk melihat video ini. Pasti ada sesuatu yang anda boleh perolehi. Jika ia gagal menghiburkan anda sebagaimana yang anda harapkan yakinlah ada pahala ditulis kerana secara tidak langsung anda telah menyebut 99 Nama Allah yang Agung.


ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
Surah An-Nahl ayat 125

INILAH ANTARA JALAN BERHIKMAH DALAM BERDAKWAH

2 comments:

Zaiem Al-Hilmee said...

Salam..syabas atas kejayaan tuan dlm subjek tersebut dan ini membuktikan lagu nasyid merupakan satu medan baru yang patut digunakan dlm berdakwah. Biarpun bahasa yg berlainan, namun ia menjadi satu uslub dakwah yg baru bagi bangsa2 lain di muka bumi..

Sesungguhnya kekreatifan yg ditonjolkan dlm filem itu patut dihargai dan ana rasa a berupaya memecahkan tembok penghalang antara Barat & Islam khususnya Islamphobia biarpun dalam berlainan bahasa..

Unknown said...

assalamualaikumm..
tahniah..saya bersetuju jg dgn pndpt akhi zaiem. anda telah berjaya mengetengahkan bahawa berdakwah ini perlu hikmah dan kreatif...penyampaian lagu menjadi satu kaedah untuk kita membawa manusia ke arah kebaikan.Lagipun pembawaannya dalam pelbagai versi menjadikan risalah dlm tersebut mudah untuk difhami oleh manusia dr pelosok dunia. Boleh juga dihayati dari kumpulan luar neg yg lain spt Outlandish..Tahniah dan syabas sekali lagi...alhamdulillah, well done masya'allah.


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com

Tazkirah : Al-Alaq (The Clot)


اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ

96:1 Proclaim! (or read!) in the name of thy Lord and Cherisher, Who created-

خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَق

96:2 Created man, out of a (mere) clot of congealed blood:

اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ

96:3 Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful,-

الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ

96:4 He Who taught (the use of) the pen,-

عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

96:5 Taught man that which he knew not.